Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Bagaimana Ke Syurga Dan Terjauh Dari Neraka? (L127)

RM20.00
Price in points: 20 points
Weight: 0.16 kg
9555749700373
Out-of-stock
Add to wish list

Buku ini memperlihatkan pelbagai amalan yang boleh dilakukan sebagai usaha bagi mendapatkan rahmat Allah untuk masuk ke syurga.

 

Umum mengetahui bahawa syurga bukan percuma namun tidak ramai yang sanggup bersusah-payah untuk meraih syurga. Sedangkan amalan-amalan baik yang disukai Allah tidak semestinya memerlukan belanja yang besar atau tenaga yang banyak.

 

Tidak kira sama ada golongan muda mahupun kuat, golongan kaya mahupun golongan miskin, amalan untuk ke syurga itu ada pelbagai dan tidak hanya tertumpu kepada ibadah tertentu sahaja.

 

KANDUNGAN:

  • Muqaddimah
  • Mereka yang Dirindui Syurga
  • Sifat yang Melayakkan Seseorang ke Syurga
  • Meraih Syurga
  • Mereka yang Dijanjikan Syurga oleh Al-Quran dan Hadis
  • Amalan Mengangkat Diri ke Syurga
  • Penyebab Mereka ke Neraka
  • Tingkatan Neraka
  • Tingkatan Syurga

 

Tentang Penulis:

 

Pendakwah bebas dan penceramah yang aktif menyampaikan kuliah di masjid dan surau seluruh Malaysia. Pernah menjadi tetamu jemputan dalam rancangan televisyen Tanyalah Ustaz, Zikir Hati dan Semanis Kurma, juga program Mau’izati di radio Ikim.fm. Pengasas Maahad Tahfiz An-Nabawi (Selangor, Pahang, Kedah dan Kelantan), juga Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA). Bagaimana ke Syurga dan Terjauh dari Neraka ialah karya kesembilan beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Buku-buku beliau dalam siri Mau‘izhah Hasanah: Malam Pertama di Barzakh, Teman di Barzakh, Khabar dari Barzakh dan Talian Hayat di Barzakh merupakan buku laris dan pernah tercalon dalam kategori Buku Bukan Cereka, Anugerah Pilihan Pembaca Popular BH.

Penerbit:
Galeri Ilmu
Format:
Paperback
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
102 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar