Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Benci Kurindu (L120,BL117)

RM29.00
Price in points: 29 points
Weight: 0.46 kg
9789838221634
38 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Benci Kurindu
ISBN: 9789838221634
Penerbit: Fajar Pakeer
Penulis: Lollysnow
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.460kg
Dimensi (cm): 18cm x 11cm x 2cm
 
SINOPSIS
 
Saat takdir menghapus dendam, tika benci dikalahkan rindu.

Benci dan sayang terkadang hanya dipisahkan dengan sehelai kertas nipis.

Sejauh mana rasa benci itu, kita tidak tahu apa yang akan merubahnya pada masa akan datang.

Itulah yang dilalui Harraz dan Amanda. Amanda pernah sukakan Harraz dan menaruh perasaan kepada lelaki itu sejak mereka di bangku sekolah lagi. Tapi, satu peristiwa membuatkan Amanda tidak berani lagi menaruh hati.

“Apa salah aku pada kau? Kau ni tak betul gamaknya! Benci orang tanpa sebab.” – AMANDA

“Dengar, Amanda. Disebabkan kau anak tiri Tan Sri Khairil, tak akan ada istilah suka dalam diri aku untuk kau. Tapi benci.” – HARRAZ

“Kenapa kalau aku anak tiri dia?” – AMANDA

“Sebab aku anak kandung dia.” – HARRAZ

Hanya itu kata-kata terakhir mereka sebelum Amanda menghilangkan diri daripada pandangan mata Harraz.

Bertahun berlalu, pertemuan semula…
Kesumat Harraz tidak pernah padam. Apa yang dilakukan mama Amanda kepada arwah ibunya dianggap kejam. Hanya Amanda orang yang paling layak menerima segala amarahnya.

Kemuncaknya, gaun Destiny yang dipakai Amanda terbakar. Nekad Amanda berubah 100%. Dendam harus dibalas dengan dendam.

Namun, satu demi satu perkara terbongkar membuatkan Amanda terdesak melakukan apa pun untuk menghentikan amukan Harraz. Dia pasrah dalam luka.

Penyesalan menjadi percaturan takdir,. Apakah masih wujud rasa benci di antara mereka?

Mampukah nyawa kecil yang wujud itu membesar dengan kasih yang selayaknya?

Kala cinta mengalahkan ego, sesal membunuh kebencian, kala hati merangkai mimpi, jiwa memburu harapan.

“Aku cari kau untuk diri aku sendiri.”
Penerbit:
Fajar Pakeer

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar