Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Berdamai Dengan Stress # (L22)

RM28.00
Price in points: 28 points
9789674618049
1 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Berdamai Dengan Stress #
ISBN: 9789674618049
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Norzila Zakaria
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 90m/s
Halaman: Hitam dan Putih
Format: paperback
Berat (kg): 0.135kg
Dimensi (cm): 21cm x 15cm x 1cm
 
SINOPSIS
 

Buku ini ditulis oleh Dr. Norzila Zakaria, seorang pakar psikiatri yang mempunyai pengalaman luas berhadapan dengan pesakit yang mengalami anxiety disorders seperti generalise anxiety disorder, panic disorder, phobia dan social anxiety. Selain sebagai bacaan umum, buku ini ditulis untuk membantu orang yang bimbang untuk mendapatkan bantuan daripada pakar psikiatri kerana stigma terhadap penyakit mental.

Sebenarnya stres dihadapi oleh semua orang dan adalah suatu yang normal. Begitu juga dengan gejala anxiety sebagai respons kepada stres yang dialami. Namun ramai orang salah faham tentang stres dan gejala anxiety ini sehingga menganggap bila mereka stres, mereka adalah pesakit mental. Ini menyebabkan mereka takut untuk mendapatkan rawatan awal kerana bimbang dilabel sebagai pesakit mental. Akhirnya gejala anxiety yang sepatutnya boleh dikurangkan jika kita mengetahui tekniknya menjadi semakin teruk sehingga mereka benar-benar mengalami anxiety disorder. 

Konsep berdamai dengan stres dalam buku ini bertujuan untuk memberikan maklumat asas berkaitan stres, bagaimana persepsi memainkan peranan penting dalam menafsir sesuatu perkara yang boleh menyebabkan kita mencipta stres. Selain daripada itu, penulis menerangkan dengan jelas kesan stres kepada tubuh badan iaitu apa yang berlaku di otak sehingga menyebabkan gejala fizikal seperti jantung yang berdegup kencang dan berpeluh. Penulis juga menekankan kaitan antara fikiran, emosi dan tingkah laku untuk memahami teknik mengurangkan gejala anxiety melalui psikoterapi.

Buku ini ditulis dalam bahasa yang mudah difahami dan mengandungi fakta sains yang diilustrasikan dengan gambar untuk menjadikannya lebih mudah difahami. Anda boleh mencuba sendiri beberapa teknik yang dijelaskan dalam buku ini dengan mengikut panduan senarai semak yang diberikan di bahagian latihan. Jika anda suka membaca buku tentang melakukan sesuatu sendiri atau DIY (Do It Yourself), anda pasti menyukai buku ini!

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat seperti pelajar, ibu bapa, guru-guru dan juga doktor perubatan di klinik dan hospital. Setelah membaca buku ini, anda pasti yakin dengan kemampuan anda untuk membezakan antara stres dan anxiety serta dapat menangani stres yang dihadapi dengan lebih baik.

Penerbit:
Penerbit USM
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
90 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar