Penerbit: Hamare Publication
Penulis: Halison Abdullah
Muka Surat: 165
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.229
Dimensi (cm): 21cm x 15cm x 1.5cm
Begitu bersungguh-sungguh dalam hal penyembuhan suami .Suami yang sebelum ini sebagai ketua rumah sudah hilang kudratnya. Membawa ke hospital, Pusat Fisioterapi dan juga ikhtiar ke bomoh-bomoh demi sebuah kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Cukup mendapat sokongan yang padu daripada ketiga-tiga cahaya mata dalam menjaga suami
Banyak mencari hikmah disebalik ujian yang Allah Taala berikan. Berfikiran positif dan kebergantungan yang tinggi kepada Yang Maha Esa. Yakın bahawa setiap sakit ada ubatnya kecuali mati. Berikhtiar dan berserah kepada Allah kerana Dialah Maha Penyembuh.
Sokongan moral dan doa daripada saudara-mara dan sahabat handal mempercepatkan lagi proses penyembuhan suaminya. Melihat hidup ini daripada banyak sisi. Perlu ada hubungan yang kuat dengan Yang Maha Kuasa, keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan sekerja. Lebih-lebih lagi bagaimana membahagikan masa tatkala sedang menjadi penjawat awam yang di bahunya ada amanah yang perlu digalas.
Menyusuri hari-hari penuh dengan lapang di dada, menghela setiap nafas dengan kesyukuran dan mendoakan agar hari mendatang dikembalikan lebih baik daripada sebelumnya walaupun yang pasti suaminya tidak seperti dahulu lagi.