Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Bilik Atas Lawan Bilik Bawah # (L20)

RM12.00
Price in points: 12 points
Weight: 0.13 kg
9789670411958C
40 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Bilik Atas Lawan Bilik Bawah
ISBN: 9789670411958
Penerbit: Blink Trading
Penulis: Ain Maisarah, Yani Abu Hassan
Tahun Terbitan: 2017
Muka Surat: 92
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.13
Dimensi (cm): 19cm x 12.7cm x 0.6cm
 
SINOPSIS
 
 

Qaseh dan Cinta.

Nama keduanya, sekali dengar seperti teman tetapi mesra, bagai best friend forever. Hakikat sebenarnya… mereka berperang tahap hendak meletup asrama dibuatnya!

Segalanya bermula dengan insiden ketika menjemur baju. Baik Qaseh mahupun Cinta… masing-masing tidak mahu mengalah. Apatah lagi meminta maaf kerana itu macam pantang besar! Ego tinggi melangit, atas sebab itu kedua-duanya lebih rela melancarkan perang saudara.

Pelbagai rancangan direncana demi menyakitkan hati seteru paling dibenci di seluruh alam semesta! Qaseh sanggup menjadi hantu. Cinta membalas dengan senjata Milo busuk.Lalu serbuk lada juga diguna sama.Malah kucing gebu pun turut jadi mangsa, dibaling macam bom tangan!

Pada kala serangan bertubi-tubi dibuat antara Qaseh dan Cinta, tiba-tiba mereka diberi tugasan kerja sekolah bersama. Terikat dengan arahan guru… masing-masing betul-betul tidak rela memandang mata walau sekejap, tidak mahu bersama walau sesaat!

Bagaimanakah peperangan antara budak asrama bilik atas melawan bilik bawah ini akan berakhir? Siapa yang jadi juara? Ketahui segalanya dalam kisah ‘BILIK ATAS LAWAN BILIK BAWAH’. Selepas baca novel ini… jangan gaduh-gaduh ya!

Penerbit:
Blink Trading

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar