Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



BTS: BUDAK TAK SUKA SBP # (L4)

RM12.00
Price in points: 12 points
Weight: 0.13 kg
9789672865445
23 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: BTS: BUDAK TAK SUKA SBP #
ISBN: 9789672865445
Penerbit: Blink Book, Blink Trading
Penulis: Haziq Ridzuan, Haryani Kamilan 
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 128
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.125kg
Dimensi (cm): 19cm x 12.5cm x 0.5cm
 
SINOPSIS
 
 

Nazim Danial, pelajar Sekolah Zara Damansara yang cukup terkenal dengan bakat dan kebolehannya dalam bidang muzik. Minatnya yang sangat mendalam dalam bidang muzik membuatkan dirinya memilih untuk meneruskan pelajaran dalam aliran Seni dan Kemanusiaan di tingkatan 4. Menjadikan kumpulan BTS dan ahlinya yang paling kaya, J-Hope sebagai idola, Nazim bercita-cita besar untuk menjadi seorang pemuzik terkenal satu hari nanti.

Namun, bakat dan kebolehannya tidak direstui oleh bapanya sendiri. Nazim dipaksa bertukar ke aliran Sains Tulen dan berpindah ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) demi masa hadapan yang lebih gemilang dan terjamin. Sungguh, Nazim tidak rela untuk duduk di asrama. Tetapi, bapanya awal-awal sudah menggunakan kabel sebagai bekas pelajar untuk memastikan Nazim diterima masuk ke SBP berkenaan. Jika tidak, Nazim tidak akan dibenarkan menyentuh alat muzik lagi untuk selamanya. Dalam keterpaksaan, dia akur.

Di SBP, Nazim Danial tidak dapat menyesuaikan diri dengan segala macam peraturan yang ketat dan mencengkam jiwa raga. Segalanya serba tidak kena. Belum campur rasa homesick yang melanda. Perkenalan dengan Mierul Amin, rakan katil sebelah membuatkan hidup Nazim Danial di asrama rasa terisi. Pun begitu, ia tidak mengubah hakikat bahawa dirinya dirasakan tidak sesuai untuk terus berada dalam situasi kejutan budaya di sekolah berasrama penuh yang berprestij itu.

Kasihan dengan rakan yang dikenali, Mierul Amin berkongsi buah fikiran untuk memastikan bahawa Nazim Danial dapat keluar dari asrama tanpa sebarang kompromi. Pelbagai pelan dirancang bagi menyempurnakan misi buang asrama Nazim Danial. Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Segala yang dirancang tidak berjalan seperti yang dibayangkan. Lain yang dilakukan, lain pula yang terjadi.

Apakah perancangan yang dilakukan oleh Nazim dan Mierul? Berjayakah mereka meloloskan diri daripada kehidupan asrama yang mencengkam jiwa raga? Apakah pula nasib yang menimpa kedua-dua sahabat ini saat rancangan yang disusun rapi mula terbongkar? Dapatkan jawapannya di dalam novel nakal-nakal ringan budak asrama yang berjudul BTS: Budak Tak Suka SBP ini!

Penerbit:
Blink Book, Blink Trading
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
128 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar