Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Cik Akademik Lawan Samseng Mereng # (Z19)

RM12.00
Price in points: 12 points
9789672040613
37 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Cik Akademik Lawan Samseng Mereng
ISBN: 9789672040613
Penerbit: Blink Trading
Penulis: Ain Maisarah, Rashiela Nurain
Tahun Terbitan: 2017
Muka Surat: 118
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.15kg 
Dimensi (cm): 19cm x 12.7cm x 0.6cm
 
SINOPSIS
 
Ada pelajar baru masuk kelas tingkatan 4A di Sekolah Sri Bangsar? Siapa gerangannya? Pelajar luar negara? Remaja bijak dari sekolah berasrama? Anak VIP yang terkemuka? Adakah orangnya kacak bergaya? Ataupun cantik seperti artis ternama?

Oh… rupa-rupanya semua tekaan salah belaka! Pelajar baru itu bukan betul-betul baru. Chiew Kok Yung, dia pelajar corot yang diserapkan ke kelas cemerlang. Dia dihukum oleh Cikgu Amnah… biar berubah perangai, harapnya mampu terkena tempias kerajinan rakan-rakan.

Malangnya Chiew Kok Yung bukan setakat corot pencapaian akademik, gosip liar mengatakan… dia juga samseng! Bertubuh sasa, bermuka serius sepanjang masa dan mulut tidak langsung mahu bertegur sapa… patutlah seluruh warga kelas tingkatan 4A sengaja memulaukannya!

Apabila seorang pelajar corot melawan sekumpulan pelajar-pelajar cerdik… apakah yang akan berlaku? Mampukah diubah diri supaya sama-sama mementingkan akademik? Ataupun si samseng akan lebih menggelupur rimas kerana rasa terperangkap dalam dunia budak-budak cerdik?

Ketahuilah penghujung kisah kelakar tetapi penuh info akademik dalam novel ‘Cik Akademik LAWAN Samseng Mereng’.

Penerbit:
Blink Trading

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar