Sinopsis:
Pagi tadi, Nana makan lempeng pisang. Tengah hari Nana makan pisang goreng. Makan malam nanti, Nana nak makn kek pisang pula. Waa... Memang setiap hari Nana tak pernah lupa makan pisang. Sebab itulah, Nana digelar Cik Ratu Nana Banana!
Tapi suatu hari... Hadiah pisang Nana tak diterima. Nana sedih sangat. Orang lain tak suka makan pisang ke? Atau mereka tak suka Cik Ratu Nana Banana? Jom dapatkan jawapannya dalam Cik Ratu Nana Banana.!