Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



DARI MTV KE MAKKAH : ISLAM MENGILHAMKAN HIDUPKU #(Q3)

Rak: L98
RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.65 kg
9789674305758
1 pieces
+
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5”
ISBN-13: 9789674305758
Jumlah Muka Surat: 406
Berat (Kg): 0.65
Penulis: Kristiane Backer
===========================
 
Pada awal tahun 1990-an, Kristiane Backer adalah antara pengacara terawal MTV Eropah. Selama beberapa tahun, beliau mengabdikan diri dalam arena muzik antarabangsa, mencetuskan kegilaan peminat dan menjadi pujaan media Eropah. Tatkala menghampiri puncak kegemilangannya, beliau menyedari bahawa meskipun telah memilIKI segala yang diidamkan, beliau pernah berasa puas, seolah-olah ada sesuatu yang masih kurang dalam hidupnya.
 
Takdir pertemuan dengan jaguh kriket Pakistan, Imran Khan mengubah kehidupannya. Imran mengundang Kristian ke negaranya, tempat beliau menyaksikan kehidupan yang benar-benar berbeza dan tidak pernah dibayangkannya, iaitu agama dan budaya Islam. Berbeza dengan bintang pop dan rock, beliau menemui lelaki dan perempuan yang hidupnya dipenuhi cinta kepada Allah dan tidak mementingkan keseronokan duniawi yang sementara. Beliau mula membaca Al-Quran dan mendalami buku berkenaan agama. Beberapa tahun kemudian, setelah meneroka dunia Islam dengan lebih luas dan menyedari bahawa beliau telah menemukan jalan kerohaniannya, beliau memeluk Islam di sebuah Masjid di London. Bermula dari saat itulah, dugaan sebenar beliau bermula.
Dalam memoir peribadinya ini, Kristiane  Backer menceritakan kisah pengislamannya dan menjelaskan bagaimana agama, meskipun didatangi banyak dugaan, telah memberikannya ketenangan jiwa dan makna yang selama ini dicari
 
“saya mengagumi Kristiane kerana keyakinan yang kukuh untuk mengambil laluan yang berbeza dan mengikut kata hatinya. Rock n Roll telah membawa ramai penggemarnya ke pelbagai hala tuju. Kisah ini sebuah kisah yang luar biasa. Dari MTV ke  Makkah? Hampir seperi daripada seorang wanita seksi kepada seorang wanita berpurdah!” Bob Geldof
 
“Perjalanan seorang wanita yang bersemangat kearah cahaya.” Tariq Ramadhan (Professor Pengajian Islam, Oxford University)
 
“Mengenali Kristiane Backer sejak bertahun yang lalu merupakan suatu penghormatan buat saya, sama seperti sebuah penghormatan untuk dikongsi dalam perjalanan beliau yang mempesonakan sehingga kini.”  Jim Kerr (Simple Music)
Rak:
L98

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar