Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Daulah Abbasiyyah: Zaman Keemasan Peradaban Islam # (L6)

RM39.90
Price in points: 40 points
Weight: 0.51 kg
9789672278795
9 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Daulah Abbasiyyah: Zaman Keemasan Peradaban Islam
ISBN: 9789672278795
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 294m/s
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.505kg
Dimensi (cm): 21cm x 14cm x 1cm
 
SINOPSIS
 
Kekhalifahan Abbasiyyah atau Bani Abbasiyyah adalah kekhalifahan kedua Islam yang berkuasa di Baghdad (sekarang ibu kota Iraq) dan kemudian berpindah ke Kaherah atau Qairo sejak tahun 1261. Kekhalifahan ini berkembang pest dan menjadikan dunia Islam sebagai pusat pengetahuan dunia. Kekhalifahan ini berkuasa setelah merebutnya dari Bani Umaiyyah dan menundukkan semua wilayahnya kecuali Andalusia. Selama 150 tahun mengambil kekuasaan memintas Iran, kekhalifahan dipaksa menerahkan kekuasaan kepada dinasti-dinasti setempat, yang sering disebut sebagai amir atau sultan. Menyerahkan Andalusia kepada keturnan Bani Umaiyyah yang melarikan diri, Maghreb dan Ifrigiya kepada Aghlabiyyah dan Fatimiyah. Kejatuhan totalnya pada tahun 1258 disebabkan serangan bangsa Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan yang menghancurkan Baghdad dan tidak menyisakan sedikitpun dari pengetahuan yang dihimpun di perpustakaan Baghdad. Kekhalifahan Bani Abbasiyyah berterusan di Qairo mulai tahun 1261 di bawah naungan Kesultanan Mamluk Mesir. Kekhalifahan di Qairo in berakhir ketika Mesir ditakluk oleh Kesultanan Utsmaniyyah tahun 1517.

Pada masa pemerintahan Khalifah Marwan II, pertentangan semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu Al-Abbas, Asy-Shaffah berjaya meruntuhkan Daulah Umaiyyah dan kemudian dilantik sebagai khalifah. Bani Abbasiyyah berjaya memegang kekuasaan kekhalifahan selama lima abad, mengkonsolidasikan kembali kepemimpinan gaya Islam dan menyuburkan ilmu pengetahuan dan pengembangan budaya Timur Tengah. Tetapi pada tahun 940 kekuatan kekhalifahan menyusut ketika orang-orang bukan Arab, khususnya orang Turki (dan kemudian diikuti oleh Mamluk di Mesir pada pertengahan abad ke-13), mulai mendapat pengaruh dan mulai memisahkan diri dari kekhalifahan. Meskipun begitu, kekhalifahan tetap bertahan sebagai simbol yang menyatukan umat Islam. Pada masa pemerintahannya, Bani Abbasiyyah mengatakan bahawa dinasti mereka tidak mampu disaingi. Namun kemudian, Said bin Husain, seorang Syiah dari Dinasti Fatimiyyah mengaku keturunan anak perempuan Nabi Muhammad SAW, mengatakan dirinya sebagai Khalifah pada tahun 909, sehingga timbul kekuasaan berganda di daerah Afrika Utara. Pada awalnya beliau hanya menguasai Marocco, Aljazair, Tunisia, dan Libya. Namun kemudian, beliau mulai memperluaskan daerah kekuasaannya sehingga ke Mesir dan Palestin, sebelum akhirnya Bani Abbasiyyah berjaya merampas kembali daerah yang sebelumnya telah mereka kuasai, dan hanya menyisakan Mesir sebagai daerah kekuasaan Bani Fatimiyyah. Dinasti Fatimiyyah kemudiannya runtuh pada tahun 1171. Manakala Bani
Umaiyyah dapat bertahan dan terus memimpin komuniti Muslim di Sepanyol, kemudian mereka kembali memakai gelaran Khalifah pada tahun 929, sehingga akhirnya dijatuhkan kembali pada tahun 1031.
Penerbit:
Hijjaz Records Publishing

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar