ISBN:978-967-0326-49-8
Berat:0.18 kg
============
SINOPSIS
Buku ini membawakan kisah mengenai detik-detik akhir kehidupan Nabi Muhammad SAW bermula dari ibadah haji terakhir, khutbah terakhir, hinggalah saat Rasulullah SAW jatuh sakit dan akhirnya wafat di pangkuan Saidatina Aisyah r.ha. Selain kisah itu, buku ini turut dilengkapi dengan foto-foto khazanah peninggalan baginda SAW agar para pembaca dapat mengetahui dan mengenali peninggalan-peninggalan tersebut, walaupun hanya dalam bentuk gambar.
Pada akhir bab, disertakan doa-doa yang disusun oleh para auliya’ dan solihin untuk diamalkan ketika berziarah ke makam Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Semoga kandungan buku ini dapat membuahkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, sang pembawa risalah serta memberikan sumbangsih ilmu pengetahuan sehingga kita dapat mengambil contoh teladan dari seluruh aspek kehidupan baginda SAW. Dan semoga setelah membaca buku ini, kita akan menjadikan Rasulullah sebagai model ikutan dan teladan untuk urusan dunia dan akhirat.