Format: Paperback
Saiz: 6 x 9
ISBN-13: 978-967-411-587-6
Tarikh Terbit: 30 Jun 2015
Jumlah Muka Surat : 288
Berat (kg) : 0.42
Sinopsis
Lelaki sehebat itu. Orang segah itu.
Bagaimana mahu memenuhi semua harapan yang ada? Bagaimana mahu memastikan kekaguman ini bukanlah pendewa-dewaan, sehingga mengecewakan dia yang sudah pergi?
Kisah ini akan melibatkan pelbagai orang dalam hidup Allahyarham Tok Guru.
Daripada isteri, anak, saudara-mara, kepada orang rapat, anak murid, pegawai kerajaan dan mereka yang jauh, tulisan yang memuatkan antara kisah yang menceritakan bagaimana Tok Guru mempengaruhi hidup mereka. Juga bagaimana kita dapat belajar daripada cara Tok Guru berinteraksi dengan setiap seorang daripada mereka.
Gabungan harapan dan kepercayaan bagi memanjangkan usaha dakwah seorang lelaki bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sememangnya kita merasa kehilangan sesuatu selepas pemergian Tok Guru setahun yang lalu. Kita terasa seperti ada sebahagian yang telah kosong dihati kita. Itulah dia keberkatan seorang ulama & ilmuan agama yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Buku biografi ini bagus untuk anda yang mahu mengenali arwah Tok Guru dengan lebih dekat. Ringkas susunan ayatnya, mudah untuk difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira bangsa. Sesuai juga dijadikan koleksi peribadi.
Pelbagai pengajaran & teladan boleh kita ambil iktibar dari buku ini. Kehidupan & kerjaya politik beliau yang penuh suka duka dalam serba kesederhanaan mampu membuatkan kita menilai diri kita sendiri, adakah kita boleh menjadi seperti beliau.
Inilah antaranya, buku wajib baca jika anda seorang Malaysia. -Syed Shahrom