Tajuk: Diari Bacaan Muslim
ISBN: 9789671931554
Penerbit: Ikon Syabab Resources
Tahun Terbitan: 2021
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.15 kg
Dimensi (cm): 21.1 cm x 14.9 cm x 0.5 cm
Sinopsis
Segala puji bagi Allah, selawat dan slam ke atas junjungan Nabi yang mulia Muhammad dan ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh mengikuti jejak langkahnya.
Prof. Dr. Abdul Karim Bakkar dalam buku beliau al-Qiraah al-Mutsmirah -Pembacaan yang berkualiti- menyenaraikan tiga tahap pembacaan yang diamalkan ole para pembaca.
PERTAMA Membaca untuk mengisi waktu lapang dan sebagai salah satu cara menghiburkan diri. Bahan bacaan yang biasa dipilih ialah majalah, surat khabar, komik dan seumpanyanya. Kategori ini sangat ramai yang mengamalkannya kerana ia tidak membebankan fikiran dan tidak memerlukan usaha luar biasa untuk menganalisis dan sebagainya.
KEDUA Membaca dengan tujuan mencari maklumat. Kategori in merupakan kategori pertengahan, di mana mereka yang membaca gaya ini adalah untuk memilih bahan- bahan bacaan dengan tujuan menambah maklumat sedia ada. Tetapi masih ada kelompongan dalam cara pembacaan ini. Hal ini kerana, maklumat- maklumat yang dikumpul tidak memberi manfaat kepada si pembaca kerana ketiadaan kemahiran dalam memproses maklumat.
"TODAY A READER, TOMORROW A LEADER."
"PEMBACA HARI INI ADALAH PEMIMPIN HARI ESOK"
Terlalu bear dan manfaat yang diperolehi daripada budaya membaca, sebagai muslim cukuplah dengan perintah yang Allah perintahkan kepada kita dalam wahyu yang pertama,
"BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU." (Surah Al-'Alaq:1)
Semoga dengan adanya Diari bacaan Muslim ini, sedikit- sebanyak dapat membantu kita dalam menyusun atur jadual pembacaan kita sebagai seorang muslim.