Penerbit: Galeri Ilmu
Berat (kg): 0.47
Dimensi (cm):
Solat-solat sunat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Semakin banyak dilakukan, semakin dekat kita kepada Allah SWT. Ia juga sebagai tanda kesyukuran dan menjadi penampal kepada kekurangan-kekurangan yang ada pada solat fardu. Namun, adakah kita mengetahui sandaran dalil dan sumber solat-solat sunat ini disyariatkan? Bagaimanakah Rasulullah SAW melaksanakan solat-solat sunat ini? Buku Eksklusif Solat-solat Sunat merungkai segala persoalan ini. Buku ini amat membantu masyarakat Islam mengenali amalan-amalan sunat yang disyariatkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Hadis-hadis yang dipaparkan pada setiap solat sunat yang dibicarakan dalam buku ini berserta paparan rujukannya, mengingatkan pembaca bahawa ibadat yang dilakukan itu ada sandarannya.