Penerbit: Kata Pilar Puisi
Penulis: Sarah Ross
Muka Surat:82
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.2
Dimensi (cm): 19 X 13 X 0.5
doa emak, musim sejuk
yang mendinginkan.
resah dan gusar menjadi salju
riang bermain
dan pulang berbekal gembira
****
Selain cuaca, seorang ibu adalah tubuh yang paling banyak menanggung rasa dan rahsia. Induk yang melindungi benih-benih kecil yang sedang belajar dewasa dan bercinta – sehingga ia tegap rendang, bersedia mencabar hidup yang bernama musim.
Empat Musim di Bibir Emak adalah sejumlah puisi Sarah Ross tentang pengorbanan dan penyerahan. Cuaca-cuaca yang mengikat dan meleraikan cinta seorang wanita terhadap setiap satu tali kehidupannya.