Penerbit: Telaga Biru
Penulis:
- Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed
- Ustaz Hj. Wahid Abd. Hanif
Tahun Terbitan:2022
Muka Surat:328
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Hardcover
Berat (kg): 1.040kg
Dimensi (cm): 22cm x28cm x 2.0cm
- Dapat mengenali Nabi SAW atau makrifatun al-Nabi SAW. Maksudnya, dapat mengenali keperibadian dan fasa-fasa kehidupan Nabi SAW sama ada sebelum atau selepas dilantik menjadi Rasul serta suka duka Baginda SAW dalam mengharungi tugas-tugas dakwah.
- Dapat mengenali para sahabat Baginda SAW yang merupakan manusia-manusia pilihan Allah SWT yang menemani Baginda SAW dan kesetiaan mereka.
- Dapat mengetahui sebab turunnya al-Quran atau asbab al-nuzul. Walaupun bukan semua ayat al-Quran mempunyai asbab al-nuzul, tetapi sekiranya ada ia akan menjadi lebih jelas tentang mengapa ayat tersebut turun, sekali gus memahami apa yang dimaksudkan oleh Allah SWT.
Sinopsis
Al-Sirah di sini bermaksud perjalanan hidup seorang manusia yang sempurna dari segala aspek, iaitu Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya, sirah Baginda SAW ini adalah untuk semua. Menerusi sirah Nabi SAW, seorang hakim akan mendapati contoh-contoh sempurna tentang keadilan, tawaduk, bagaimana melindungi hak dan harta manusia, mengembalikan keadilan kepada yang berhak serta meletakkan semua perkara pada tempatnya.