Penerbit: Misi Niaga Marketing
Penulis: Muhammad Azmi Jamaludin
Muka Surat: 318
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.430kg
Dimensi (cm): 21cm x 14.5cm x 2cm
Dalam dunia digital yang semakin berkembang, TikTok telah muncul sebagai
platform yang menawarkan peluang besar untuk pemasaran afiliate.
Justeru, lahirnya buku “Game Plan of TikTok Affiliate” ini memang kena pada tempat
dan masanya, sebagai pembimbing anda meneroka potensi platform ini,
memberikan panduan langkah demi langkah untuk berjaya sebagai affiliate marketer
di TikTok.
Sama ada anda baru memulakan perniagaan afiliate atau ingin mengembangkan
kempen sedia ada, buku ini menyediakan panduan komprehensif yang tidak ternilai
dalam perjalanan anda menuju kejayaan di platform ini.
Dengan gabungan pengetahuan dari pakar-pakar industri dan kajian kes sebenar,
buku ini menyediakan strategi praktikal untuk mengoptimumkan kehadiran anda di
TikTok. Anda akan mempelajari asas-asas penting seperti memilih produk yang
sesuai, mencipta kandungan dan video yang menarik serta menggunakan
kecerdasan buatan untuk meningkatkan keberkesanan kempen anda.
Penulis turut membawa anda menyelami teknik-teknik lanjutan seperti menghasilkan
hook yang melekat, menambah pengikut dan meningkatkan penglibatan audiens.
Anda akan mendapat panduan terperinci tentang penggunaan iklan TikTok dan cara
menganalisis prestasi video anda untuk penambahbaikan berterusan.
Anda juga akan mendapat lebih daripada 10 video panduan meliputi pelbagai aspek
pemasaran affiliate di TikTok, dari panduan asas, strategi, sokongan hingga teknik
lanjutan. Dengan bantuan visual ini, anda akan dapat memahami konsep dan
strategi dengan lebih jelas serta mempelajari teknik perlaksanaannya dalam situasi
Sebenar.
Melalui 14 bab yang padat dengan maklumat dan video sokongan, buku ini akan
membantu anda mengatasi cabaran yang biasa dihadapi oleh affiliate marketer di
TikTok. Anda juga akan terinpirasi dengan kisah kejayaan affiliate marketer seperti
Dear Caryn, Fatihahmus, Tuan Azam dan Tuan Shahrul Ismail.