Penerbit: Karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka Surat: 324
Halaman: Warna
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.754
Dimensi (cm): 25 x 17 x 2
Gaya Dewan (Edisi Ketiga) merupakan usaha mewajahkan citra DBP sebagai sebuah penerbit besar di negara ini dan menjadi panduan dan rujukan utama para editor dan semua karyawan yang terlibat dalam industri penerbitan. Sesungguhnya, kecemerlangan dalam industri perbukuan terpancar daripada hasil dan acuan yang telah disediakan oleh sesebuah penerbit untuk dijadikan ikutan dan panduan. Sebagai bahan rujukan yang luas khalayak penggunanya, buku Gaya Dewan telah dikemas kini dari semasa ke semasa untuk memenuhi cita-cita dan matlamat ini.
Menerusi Gaya Dewan edisi ketiga, dengan beberapa tambahan dan penyesuaian dari segi isi dan persembahan akan dapat dimanfaatkan oleh semua editor, penterjemah, penulis, pereka bentuk, pengatur huruf, pembaca pruf, dan profesional yang terlibat dalam bidang penerbitan. Sebagai sebuah penerbit buku dalam bahasa Melayu yang terbesar dan terkemuka di negara ini sudah sampailah masanya Malaysia menerbitkan buku yang mempunyai identiti yang tersendiri. Ini bermakna aspek fizikal buku kita daripada saiz buku, reka bentuk kulit, reka letak bahan teks, tatabahasa, ejaan, tanda baca, simbol, singkatan, istilah, dan reka letak ilustrasi, peta, jadual, dan sebagainya hinggalah kepada menyusun bahan dokumentasi seperti nota, bibliografi, indeks, dan sebagainya mestilah seragam.