Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Healing The Invisible Wound - Dr. Ahmad Rostam, Dr. Rozanizam, Dr. Alizi Alias (L110,BL93)

RM20.00
Price in points: 20 points
Weight: 0.28 kg
9789678610179
12 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Healing The Invisible Wound - Dr. Ahmad Rostam, Dr. Rozanizam, Dr. Alizi Alias
ISBN: 9789678610179
Penerbit: Karya Bestari
Penulis: 
Dr. Ahmad Rostam, Dr. Rozanizam & Dr. Alizi Alias
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 209
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg):0.280
Dimensi (cm): 21.5cm x 13.9cm x 1.1cm
 
SINOPSIS
 
Invisible Wound bermaksud luka yang tidak tampak. Itulah luka emosi atau kecederaan psikologi yang berlaku dalam diri seseorang.
 
Berbeza dengan luka fizikal yang nampak jelas di mata, ia berbeza dengan luka emosi di hati, tidak tampak di mata tetapi ia dapat dirasa.
 
Dan seringkali kita mengabaikan luka itu dengan anggapan bahawa masa akan menyembuhkan.
 
Namun, benarkah masa menyembuhkan?
 
Ya, benar. Luka memerlukan masa untuk sembuh. Namun luka juga memerlukan rawatan yang membantu untuk membersihkan luka, disapu ubat tertentu dan dibalut luka itu.
 
Bahkan, ada ketika luka itu perlu dibuka dan disapu ubat dan dirawat berkali-kali.
Sakit?
 
Ya, sakit.
 
Proses rawatan itu memang menyakitkan. Membersihkan luka itu adakalanya menyengat dan ngilu. Proses itu memerlukan kekuatan dan kesabaran yang jitu.
 
Pun begitu, luka perlu dirawat.
 
Kerana jika tidak, ia mungkin mendatangkan komplikasi yang tidak dapat kita jangkakan,iaitu penyakit mental. Atau luka itu akan merebak dan menjejaskan kesihatan mental kita, samada kita sedar atau tidak.
 
Bersusah-susah dahulu merawat luka, agar kita tidak lebih susah di kemudian hari.
 
Cerita dalam Al-Quran adalah cerita yang memujuk hati, memberi ruang kepada kita mengisi hati dengan kisah-kisah dari Al-Quran dan Hadis.
 
Bacalah buku ini seumpama anda membaca novel.
Selami psikologi emosi watak dalam setiap cerita, sehingga akhirnya kita memahami apa yang mereka rasakan, yang akhirnya akan membantu kita untuk bangkit dari kekecewaan, kesedihan, ketakutan dan ketidakpastian.
 
Penerbit:
Karangkraf
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
209 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar