Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda # (L71)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.40 kg
9789672007487
9 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda
ISBN: 9789672007487
Penerbit: ILHAM Books
Penulis: Dr. Umi Kalthum Ngah & Saari Sungib
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 108
Halaman: Berwarna
Format: Hard Cover
Berat (kg): 0.4
Dimensi (cm): 24cm x 21.5cm x 1cm
 
SINOPSIS

Laman Herba PKM DUN Hulu Kelang adalah usaha sekumpulan wanita menanam pokok-pokok herba, pokok-pokok bunga beraneka warna dan sayur-sayuran. Tema “Dalam Hati Ada Taman" memberi gambaran akhlak kita seperti tumbuh-tumbuhan di taman iaitu berkasih sayang, tolong-menolong, hormat-menghormati, bersih, segar, sihat, bebas hasad dan dengki serta semua sifat mulia seseorang manusia.

YB Saari Sungib, Ahli DUN Hulu Kelang

Kita dan alam berpisah tiada. Kita cinta bunga kerana keharumannya. Kita cinta daun kerana kehijauannya yang menyegarkan mata. Kita cinta pokok kerana teduhannya. Demikian juga kecintaan kita terhadap tumbuhan herba kerana menghargai anugerah llahi untuk kelestarian alam, pemakanan, kesihatan dan keselamatan kita.

Ir. Endok Sempo M. Tahir, Pengerusi Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional (PenaWan)

Selain binaan seperti tempat bersiram yang mungkin tersorok bagi menjaga serta memelihara adab kesopanan dan tatasusila, sudut-sudut tertentu ditanam pokok-pokok bunga beraneka warna dan haruman sebagai santapan rohani dan jasmani. Kelengkapan tempat beristirehat dan berwudhuk yang diiringi deruan air menjadi sumber ketenangan jiwa.

Dr. Umi Kalthum Ngah, Ketua Penyelaras Buku “Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda"

Secara umum, tahap kesihatan masyarakat kita sudah banyak merosot. Pepatah Melayu berpesan, “Mencegah itu lebih baik daripada mengubati." Kata Nabi SAW, "Penyakit itu bermula dari perut. Perut itu tempat segala penyakit manakala pencegahan itu pokok segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) Langkah pencegahan mestilah dimulakan daripada tabiat pemakanan. Melentur buluh biarlah dari rebung. Kanak-kanak hendaklah dididik supaya menggemari makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan, sama ada yang ditanam atau tumbuh secara liar.

Nor Hayati Jamaluddin, Aktivis Laman Herba PKM DUN Hulu Kelang

Penerbit:
ILHAM Books
Format:
Hardcover
Halaman:
berwarna
Muka Surat:
108 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar