Penerbit: Karya Bestari
Muka Surat: 147
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.220kg
Dimensi (cm): 21cm x 14cm x 1cm
Cukupkah sekadar solat lima waktu? Maghrib, Isyak, Subuh, Zohor dan Asar? Inilah lima masa yang kita ada untuk mendekatkan diri kepada Allah secara akrab lagi intim. Kita memohon petunjuk hidayah agar diselamatkan daripada jalan kesesatan dan tetap terus berada atas jalan kebenaran. Semua kita meminta perkara yang sama.
Namun pada masa yang sama, Allah masih memberikan ‘jatah waktu-Nya’ kepada kita untuk memohon perkara-perkara lain yang selain daripada apa yang kita minta dalam solat lima waktu, kerana Dia tahu kita ini ada saja mahunya, kerana permintaan kita tidak semestinya sama dengan orang lain. Dia tidak mahu kita terasa terasing dengan kehendak-kehendak sendiri.
Solat-solat sunat disyariatkan sebagai wahana memenuhi permintaan kita ini. Kita hanya perlu bangun dan ‘lepaskan’ segala hajat serta harapan kepada Tuhan. Mintalah, Allah pasti akan kabulkan.