Penerbit: Idea Kreatif
Penulis: Elyshakaman
Muka Surat: 690
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.535kg
Dimensi (cm): 12cm x 18cm x 3cm
Cukup dengan satu pertemuan, jantung Dhia Raihana berdegup kencang. Kacak! Cukup lengkap pakejnya! Itulah gambaran seorang Ehsan Eskandar di mata Dhia. Penampilan kawan baik abangnya itu buatkan perangai gatal seorang Dhia Raihana muncul. Dia mula mengejar lelaki itu.
"Kau ni gila ke apa?” – Ehsan Eskandar.
“Gilakan abang Ehsan.” – Dhia Raihana.
“Boleh tak kau stop jadi budak-budak? Stop ganggu aku!"- Ehsan Eskandar.
"Kalau Dhia ganggu juga? Apa abang Ehsan boleh buat?"- Dhia Raihana.
Bila makin dikejar, lelaki itu makin menjauh, Dhia pasrah. Mungkin dia dan Ehsan tiada jodoh.
Tapi tatkala Dhia berhenti mengejar, hati Ehsan pula mula meronta-ronta. Dia mula sedar, hatinya memang mahukan Dhia. Dan akhirnya, dia mengorak langkah untuk memiliki.
"Awak dekat mana sekarang?" - Dhia Raihana.
"Somewhere. Tengah kerja cari duit untuk jaga kau nanti. Tunggu aku balik. Lepas dua tahun kita kahwin." – Ehsan Eskandar.
"Kalau saya terkahwin dengan lelaki lain?" – Dhia Raihana.
"Aku sanggup balik semula ke Malaysia. Kau hak aku. No one can take you away from me."
Mungkin bagi orang lain, semuanya nampak mudah. Tapi bagi Dhia, ia tidak mudah. Untuk menjadi isteri kepada Ehsan Eskandar, dia perlu kuat mental dan fizikal.
“Tak mudah untuk jadi isteri tentera. Apatah lagi tugas Ehsan tu agak berbahaya. Hidup dia, jiwa dia dan cinta dia semuanya telah diserahkan pada negara.” – Darwish.
Kuatkah seorang Dhia Raihana untuk menjadi isteri pada lelaki seperti Ehsan Eskandar yang sentiasa berdepan dengan bahaya?