Penerbit: Manes Wordworks
Penulis: Nirrosette
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.kg
Dimensi (cm): 4cm x 11.5cm x 18.5cm
Kata Adam Khalis:
Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’… and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau.
Kata Kaseh:
Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh ‘tahu’ apa yang Kaseh ‘mahu’ hanyalah Adam Khalis!
Kata Orang:
… opposite attracts. Bad girls go for good guys. Tapi…sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam – stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh – playgirl of the century? Well, we’ll see, we’ll see! … opps, dan jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke-34 Nur Kaseh Kaisara!
***
Membaca cerita Ikhlas, A.K! karya penuh yakin Nirrosette membuat mana-mana orang yang pernah muda tersenyum. Cerita segar lagi santai ini pasti membuat anda kagum pada penulis yang mengadun cerita cinta penuh pengisian ini. – Mariah Mustapha, Editor