Buku ini merupakan karya terbaru Ustaz Syaari Ab Rahman yang baru sahaja siap semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019.
Sisi yang Ustaz bawakan dalam buku ini adalah sisi yang jarang-jarang kita bincangkan. Ibarat mutiara yang hilang, buku ini membantu kita lebih memahami mesej penting dalam surah Luqman, surah ke-31 dalam Al-Quran.
SOALAN-SOALAN YANG DIJAWAB OLEH BUKU INI:
1) Apakah hikmah surah Luqman selepas surah al-Rum?
2) Apa kaitan surah Luqman dengan lima ayat pertama surah Al-Baqarah?
3) Apakah hikmah tiga kali pengulangan Ya Bunayya dan lima kali Inna dalam wasiat Luqman?
4) Apakah hikmah tiada respon anak pada setiap wasiat Luqman?
5) Apakah wasiat terakhir Luqman hanya sekadar membetulkan cara berjalan?
Buku ini berusaha melihat wasiat Luqman al-Hakim sebagai sebuah mukjizat dari Allah di dalam al-Quran.