Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Isteriku Seorang Doktor (L132)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.18 kg
9789671349885
Out-of-stock

===========================
Format: Paperback
Saiz: 8" x 5”
ISBN-13: 978-967-13498-8-5

Tarikh Terbit: 5 April 2016
Jumlah Muka Surat: 184

Berat (Kg): 0.18
===========================

 

Sekilas Tentang Buku Ini…

Kahwin bukan benda main-main. Kahwin ni satu benda besar, ia satu Sunnah yang agung, bahkan ianya adalah satu jalan ketaqwaan. Amat malang andai kita merasakan kahwin ini hanyalah tempat pemuas nafsu dan hiburan semata-mata. Atau cukup setakat nak “halal”kan perhubungan yang selama ini tidak halal. Atau hanya semata untuk meninggalkan maksiat. Kahwin ini lebih jauh dari itu matlamatnya.

 

ISTERIKU SEORANG DOKTOR bukanlah novel cinta. Bukan juga kisah suami isteri geli-geleman, gedik-gedikan, bukan juga kisah saumi isteri yang kosong, jauh dari fitrah perkahwinan.

 

Buku ini mengisahkan tentang pengorbanan. Buku ini tentang perjuangan. Buku ini mengisahkan tentang kesabaran dan ketabahan. Buku ini mengisahkan tentang maksud sebuah perkahwinan.

 

Berkahwin bukan mudah. Berkahwin dengan seorang doktor, ya, lebih mencabar.

 

Yang lebih menarik, pasangan suami isteri ini bukanlah sembarangan pasangan! Mereka adalah aktivis dakwah yang cukup aktif, pagi petang siang malam, sibuk dengan dakwah!

 

Bagaimana mereka mengharungi kesibukan antara kerjaya doktor dan dakwah? Apakah cabaran-cabaran yang mereka lalui? Bagaimana mereka mampu mendidik anak dengan acuan islam dalam keadaan sibuk?

 

Semuanya terjawab dengan buku ini!

 

Moga bermanfaat!

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar