Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Its You Always You # (L67)

RM34.00
Price in points: 34 points
Weight: 0.50 kg
9789671482438
3 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Its You Always You #
ISBN: 9789671482438
Penerbit: Booku
Penulis: Acik Lana
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 664
Halaman: Hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.500
Dimensi (cm): 18cm x 11cm x 3cm
 
SINOPSIS
 
Bayangkan bagaimana rasanya bila menjadi saksi pembunuhan bapa saudara sendiri di depan mata. Bukan itu saja, dia diculik dan dilarikan pula jauh ke pulau terasing oleh si pembunuh!
 
Maka dalam setiap hela nafas Jhia, tak ada perasaan lain mampu tercipta buat Zayn selain daripada kebencian dan dendam yang membara. Malah dia yakin dia sanggup membunuh Zayn dengan tangannya sendiri demi menuntut bela kematian pak ngah. Dia sanggup!
 
Terlalu banyak yang terpaksa Jhia lakukan di pulau yang dikawal ketat ini demi membebaskan diri. Dia pernah cuba lari, namun dengan mudah tertangkap semula. Sehingga pada satu tahap, dia terpaksa berpura-pura menyukai Zayn. Oh Tuhan! Sedangkan itulah manusia paling jijik dan paling dia benci di muka bumi ini!
 
Dalam mengatur pelbagai strategi, orang kanan Zayn bernama Lutfan turut Jhia libatkan sekali. Kerana di matanya pemuda itu paling berbeza dan mungkin mampu membantu membebaskan dirinya dari tawanan Zayn.
 
“Kau kata aku berbeza daripada mereka semua?Really? Jadi kau fikir sebab apa Zayn jadikan aku orang kanan dia? Sebab aku berbeza dari dia, atau sebab aku yang paling serupa dengan dia?” - Lutfan
 
Namun sebanyak mana Lutfan menolak pujuk rayu Jhia, akhirnya dia tertelan kata-kata sendiri juga. Satu rahsia yang terbongkar membuatkan dia berhempas pulas, bergelut sehingga rela menadah setiap butir peluru dengan tubuhnya. Semua kesanggupan itu dilakukan hanya demi Jhia. Malah dia juga tergamak menjadi seorang pengkhianat!
 
Pelarian yang padat dengan aksi cemas dan mendebarkan, dunia Lutfan dan Jhia berputar pantas. Sehingga pada satu detik, hati mereka sama-sama terpaut antara satu sama lain. Namun buruan dan dendam Zayn menyukarkan jalan mereka menuju bahagia. Tapi tak mengapa, kerana Lutfan juga enggan mengalah demi Jhia. Sama sekali tidak.
 
“Trust me, aku akan lindungi kau dengan seluruh nyawa aku. I would die for you, Jhia. I swear I would.”
 
Lalu, pihak mana yang akan menang dalam peperangan epik antara mereka? Mampukah cinta Jhia dan Lutfan menumpaskan dendam kesumat di hati Zayn?
 
Penerbit:
Booku
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
664 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar