Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Kasut Fung Keong x Nasir Jani

RM140.00
EUROPE/UK
Price in points: 140 points
Weight: 1.1 kg
KFKXNJ
OUT OF STOCK
DESKRIPSI
 
Tajuk: Kasut Fung Keong x Nasir Jani
ISBN/CODE: KFKXNJ
Penjenamaan Semula: Rabak Lit
Tahun Terbitan: 2023

Material: Canvas
Colour: Navy Blue
Sizes: Europe (39-45)
Package Included: 1 pair FK shoes, shoe box & tote bag
 
 
 
THE LEGEND IS BACK!
 
Setelah lebih 30 tahun hilang dari pasaran akhirnya kasut jenama Fung Keong kini telah kembali. Menjadi fenomena suata ketika dahulu kerana kualiti, reka bentuk dan paling penting harga marhaen yang ditawarkan.

Kebanyakan kasut popular pada zaman sekarang masih belum wujud atau tidak menjadi tarikan kepada orang Malaysia. Namun, zaman itu kasut Fung Keong wajib dipakai untuk sebarang aktiviti.

Main bola sepak pakai Fung Keong. Main sepak takraw pakai Fung Keong. Pergi konsert dan keluar berjalan-jalan pun pakai kasut Fung Keong.
Era 1980an dikenali sebagai zaman kegemilangan muzik hard rock dan heavy metal. Pergi mana-mana pusat bandar anda pasti akan kelihatan anak-anak muda memakai baju band, seluar jeans biru dan Fung Keong!
 
 
Fung Keong menjadi lebih popular setelah kasut mereka dipakai oleh pelakon popular seperti M.Nasir dan Pyanhabib dalam “Kembara Seniman Jalanan”, sebuah filem yang berkisahkan perjalanan seorang pemuzik rock menentang isu cetak rompak dalam Malaysia.
 
 
 
 
Pada asalnya, Fung Keong di Malaysia dibuka di Klang pada tahun 1939, menjadikan mereka sangat dekat dengan masyarakat Malaysia. Kasut mereka dikenali sebagai kasut kung-fu kerana salah satu design mereka kelihatan sama di dalam kabanyakan filem kung-fu ini telah membuat penjenamaan semula sebagai All America, Fleks, FKS, Pennylane sekitar tahun 1990. Setelah bertahun-tahun bertapak di Malaysia, kasut Fung Keong menjadi sebati dengan masyarakat Malaysia dari generasi ke generasi sehingga mereka dikenali sebagai brand tempatan.

Material kasut berasaskan kanvas ini dibina kembali hasil usahasama Nasir Jani, FK Propaganda dan FKR kerana mereka melihat kasut Fung Keong seharusnya mendapatkan promosi dan demografik selayaknya kerana kasut Fung Keong adalah kasut pertama yang berjaya memenangi hati peminat muzik rock dan rebel.

Kini, THE LEGEND IS BACK!

FK Propaganda, sebuah inisiatif penjenamaan semula oleh pasukan baru dari Rabak-Lit serta kerjasama oleh Nasir Jani sendiri.
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Material: Canvas

Colour: Navy Blue, White & Red
Sizes : Europe (39-45)
Package included: 1 pair x FK shoes, shoe box & tote bag
-----------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
Penerbit:
Rabak Lit

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar