Penerbit: Alaf 21
Penulis: Asma Nadia & Helvy Tiana Rosa
Muka Surat: 300
Halaman: Hitam dan Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.250 Kg
Dimensi (cm): 11.5 cm x 18 cm x 2 cm
Bunga, seorang ahli psikologi yang selalu berkongsi tip rumah tangga melalui media sosialnya. Kehidupan ibu kepada seorang anak itu digambarkan sempurna dan bahagia. Tiba-tiba, e-mel aneh daripada HeloKiti muncul berterusan dan mengganggu emosi Bunga.
Si HeloKiti membocorkan hubungan rapatnya dengan Haris, suami Bunga. Apa tujuannya? Mengapa dia begitu berani mengirim e-mel yang boleh menyuburkan prasangka dan membuatkan hari-hari Bunga dipenuhi curiga? Padahal dia tahu, menjaga kejernihan fikiran itu sangat penting.
E-mel yang ditulis dengan pemilihan kata dan pendekatan yang menunjukkan pengirimnya terpelajar, terus melemahkan Bunga. Memaksa Bunga melihat Haris, lelaki baik hati, imam sempurna yang telah ALLAH hadirkan untuknya itu dari sudut yang berbeza.
Benarkah Haris telah berlaku curang? Atau ini cuma usaha seseorang yang tidak suka melihat kebahagiaannya sehingga tega untuk menghancurkan rumah tangga yang dibina?