Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.2”
Tahun Terbit: 2009
ISBN-13: 9789839188820
Jumlah Muka Surat: 144
Berat (Kg): 0.16
===========================
Kematian atau menemui kekasih (Allah SWT.) adalah diyakini oleh setiap orang Mu'min; demikian juga kewujudan Alam Barzakh dan Kebangkitan Hari Kiamat.
Akan tetapi suasana kegembiraan yang harus dirasai oleh seseorang Mu'min sewaktu menghadapi kematian dan berita-berita yang menghidupkan dan rnerangsangkan kalbu, mungkin tidak ramai di kalangan kita yang mengetahuinya menerusi kitab atau buku-buku bacaan yang berhubung dengan Alam Ghaib sebagai hasil kajian mengenai Kitab Suci Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad SAW.
Al-Imam Jalaaluddiin 'Ab. Rahman As-Suyuuti, seorang Ilmuwan Islam terkenal yang juga ahli Hadith telah menyumbangkan sebuah karya di dalam Warisan Perpustakaan Islam tentang perkara ini.
Penterjemah telah menceritakan perkara buku didalam buku yang bertajuk "Keseronokan Roh Kembali Menemui Allah (Kekasih).” Menurut pengarang ini, beliau menyusunkan buku ini untuk menggembirakan orang-orang Mu'min di kala kembalinya kepada Allah dan semasa di Alam Barzakh.