Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Ketum: Perubatan Moden Dan Perubatan Islam # (L66)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.21 kg
9789674615390
7 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: ​Seratus Pulau Di Muara
ISBN: 9789674615390
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: MOHAMMAD FARRIS IMAN LEONG ABDULLAH, MOHD AFIFUDDIN MOHAMAD, TAN MEI LAN, NOR AINI SAIDIN, NOOR NAEMAH ABDUL RAHMAN
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 116
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.205
Dimensi (cm): 23 x 15 x 1
 
SINOPSIS
 
Ketum merupakan ubat herba tradisional yang telah lama digunakan di Malaysia dan negara jiran, Thailand untuk merawat pelbagai penyakit. Namun, penyalahgunaan ketum untuk tujuan rekreasi semakin berleluasa di Malaysia dan semakin serius. Memandangkan ketum juga berpotensi untuk dijadikan ubat bagi perubatan moden, maka manfaatnya perlu dipertimbangkan sewajarnya di sebalik kemudaratan yang dibawa. Sehingga kini, karya yang membincangkan isu ini masih kekurangan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.

Justeru, buku bertajuk Ketum: Perubatan Moden dan Perubatan Islam menghuraikan informasi dan data hasil penyelidikan kolaborasi para penulis, tinjauan ke atas para pengguna ketum di Malaysia dan negara jiran serta kajian ke atas kitab-kitab Islam dan pandangan daripada para ulama secara terperinci. Selain hasil penyelidikan para penulis, buku ini juga menggabungkan hasil penyelidikan terkini para penyelidik dari seluruh dunia. Ia meliputi pelbagai fakta saintifik menarik tentang ketum daripada pelbagai bidang perubatan moden seperti biokimia, fisiologi, anatomi, farmakologi, patologi, psikiatri, psikologi, kardiologi dan perubatan dalaman; bahkan fakta psikososial tentang penggunaan ketum.

Seterusnya, buku ini turut membincangkan isu kewajaran ketum untuk digunakan dalam perubatan moden daripada sudut perubatan Islam. Matlamat utama buku ini adalah untuk menyampaikan maklumat, fakta serta pandangan yang terperinci kepada masyarakat tentang manfaat mengoptimumkan penggunaan ketum dalam perubatan moden dan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kemudaratan akibat penyalahgunaan ketum. Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan oleh ahli akademik dan pelajar universiti untuk memperoleh maklumat terkini tentang ciri-ciri dan penggunaan ketum memandangkan buku ini disokong dengan fakta-fakta ilmiah yang diperoleh daripada sumber rujukan yang berautoriti dari seluruh pelosok dunia; seterusnya mengisi kekurangan buku ilmiah berkaitan ketum dalam pasaran tempatan.



1. Buku ini memenangi Anugerah Buku Negara 2022 kategori Buku Perubatan Terbaik.
Penerbit:
Penerbit USM

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar