Buku ini ada sedikit kerosakan di bahagian dalam buku, pada kertas sebelum muka surat pertama. Kerosakan adalah di kertas background dan tidak mengganggu kandungannya.
Tidak diutuskan para Nabi dan Rasul itu melainkan untuk mengajak seluruh manusia menyembah Allah s.w.t. dan mendaulatkan hukum-hukumNya di dalam semua bidang dan lapangan kehidupan.
Ertinya tugas Nabi dan Rasul adalah cukup besar dan mencabar dalam usaha mereka menyampai risalah Allah s.w.t. ke tengah masyarakat jahiliyah. Berbagai bentuk ancaman, ugutan dan fitnah yang dihadapi oleh para Nabi dan Rasul dari golongan penentang yang terdiri daripada pemimpin puak dan kaum jahiliyah.
Dengan bekalan iman dan sifat sabar para Nabi dan Rasul akhirnya berjaya meletakkan agama Allah s.w.t. itu dikeharibaan kaum dan puak sejak umat di zaman Nabi Adam sehinggalah ke hari ini.
Ini semua dapat ditelaah bersama dan mengambil iktibar melalui pembacaan buku ini seramai 25 kisah para Nabi dan Rasul yang wajib diketahui telah dimuatkan didalam bukuini.Ikutilah kisahperjuangan dan pengorbanan mereka yang sewajarnya menjadi aspirasi kepada kita membangunkan kehidupan orang bertaqwa di maya pada ini.