❤️PENYUBUR CINTA KITA❤️
Ketiga-tiga buku ini akan membuatkan anda semakin jatuh cinta dan seronok membaca al-Quran, insya-Allah.
Pesan Imam Hasan al-Basri, "Carilah kemanisan dalam tiga perkara; solat, al-Quran dan zikir. Jika kamu temui, teruskan dan bergembiralah. Jika engkau tidak jumpa, ketahuilah pintumu sudah tertutup!"
Jom tambah baik hubungan kita dengan al-Quran dengan buku tiga beradik ini!
~ 3 KEISTIMEWAAN ~
Buku-buku tentang al-Quran memang sedia banyak di luar sana. Namun buku 3 beradik ini tetap patut anda berikan perhatian.
❣️Garapan kreatif, santai dan 'one of a kind' yang akan membuatkan anda semakin kagum dengan al-Quran.
❣️Sesuai dibaca seisi keluarga sehingga mak, ayah akan berebut dengan anak-anak hendak membacanya.
❣️Sarat dengan ilmu dan fakta seolah-olah membaca kitab tafsir.
~Berkenalan dengan Buku~
Mungkin nak kenal dulu lebih lanjut, berikut adalah buku tiga beradik:
Buku 1
Dalam buku ini, saya menyajikan lebih 50 kisah pendek yang akan membuatkan anda berkata, “Oh, ada ayat begini dalam al-Quran?!”
Pengalaman rohani ini sungguh mengasyikkan. Orang yang hafal dan faham al-Quran pun ada ketika melalui pengalaman ini. “Baru perasan!” Bahkan sahabat Nabi dahulu pun pernah alami. Antara kisah menarik:
Buku 2
Buku teka-teki atau aktiviti al-Quran. Dalam buku ini, saya mengolah lebih 70 cabaran cari kata yang menghimpunkan sekitar 700 perkataan daripada al-Quran. Antara kategori perkataannya;
- Nabi-nabi - Manusia baik & jahat
- Binatang - Serangga
- Sayur - Buah
- Nombor - Makanan
- Minuman - Objek
- Syurga - Neraka
Seronok dan mengujakan! Siri QURANIA, buku teka-teki al-Quran ini sesuai untuk sesiapa yang suka aktiviti cabaran minda dari pelbagai lapisan umur.
Buku 3
Lebih 500 soalan! Dalam buku ini saya cuba membawa anda ‘membaca’ al-Quran melalui aneka cabaran minda seperti kuiz, isi tempat kosong, betul-salah dan sebagainya. Lebih mencabar, lebih menyeronokkan! Paling penting, akan membuatkan anda lebih teruja untuk membaca al-Quran.
Siri QURANIA, buku teka-teki al-Quran ini untuk sesiapa yang suka aktiviti cabaran minda dari pelbagai lapisan umur.