Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Komik-M: KARTINI MEMORI (Softcover) (L171,Y7)

RM70.00
Price in points: 70 points
Weight: 0.61 kg
978-967-481-262-1
Out-of-stock
Add to wish list

Tajuk: Komik-M : KARTINI MEMORI (Softcover)
ISBN: 978-967-481-262-1
Penerbit: Komik-M
Penulis: Azhar Ahmad (Tembakau)
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 320
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.61
Dimensi (inci): 25.4 cm x 19 cm x 1.5 cm 

 

---

 

Keunggulan KARTINI dan fenomena luar biasa yang dicetuskannya suatu masa dahulu tidak perlu lagi dihuraikan dengan panjang lebar. Kehandalan Allahyarham Tembakau menukilkan karya yang monumental dan mengesankan ini meninggalkan memori serta nilai sentimental yang tidak ternilai harganya dalam diri para pembaca.

 

Komik-M : KARTINI MEMORI (Softcover) 

 

Anda dapat:

 

1. Buku Softcover

2. Poster Edisi Terhad (A3: Berwarna)

3. Poskad Istimewa (4 Poskad)

 

 

 

 

“Rupa-rupanya Kartini hanyalah sebuah nilai untuk aku mencari cinta. Bahkan aku sedar dari ilusi dan anganan yang realiti itu lebih indah jika kita sentiasa bertanyakan soalan yang betul dan menghargai apa yang dianugerahkan. Terus terusanlah berharap akan kebaikan dan ikhlas itu adalah kunci kehidupan.

Kartini hanyalah nama. Kartini hanyalah simbol. Kartini menjadi satu batu tanda untuk aku memperoleh apa jua kebaikan hidup yang ditawarkan untuk aku. Ia juga ada pengukur jarak tentang apa yang telah dan belum aku lakukan. Ia mengajar aku mencari erti cinta; dan cinta itu tiada batas, ukuran dan bentuk.”

- TEMBAKAU (1972-2018) -

Keunggulan KARTINI dan fenomena luar biasa yang dicetuskannya suatu masa dahulu tidak perlu lagi dihuraikan dengan panjang lebar. Kehandalan Allahyarham Tembakau menukilkan karya yang monumental dan mengesankan ini meninggalkan memori serta nilai sentimental yang tidak ternilai harganya dalam diri para pembaca.

Justeru, atas permintaan ramai, maka lahirlah KARTINI: MEMORI ini. Ia menghimpunkan koleksi KARTINI, KARTINI KEMBALI, dan tambahan bonus yang dijelmakan sebagai KARTINI AKHIRNYA? (FINALE) yang mengandungi pendedahan manuskrip awal komik Kartini, surat-surat cinta Tembakau, skrip Kartini The Movie, khazanah karya Tembakau, kronologi sejarah penerbitan Kartini, temu bual eksklusif, dan banyak lagi bonus yang eksklusif serta tersendiri.

 

Ariyon atau Muhammad Asri, pelajar nakal di sebuah sekolah agama berasrama. Dalam kenakalannya itu, dia sebenarnya menaruh hati pada pelajar bernama Kartini. Maka bermulalah kisah-kisah kenakalannya dalam memikat hati Kartini. Masalah pelajaran, disiplin dan ragam kehidupan di asrama mengajar Aryon mencari pegangan dan arah hidup. Sehingga tamat pengajian dan sudah bekerja, Aryon masih tetap berusaha memenangi hati Kartini. Berjayakah dia?


“Tembakau - beliau seorang pencerita yang sangat jujur. Bakat yang unik dan antara kartunis terbaik pernah saya temui. Memberi persepsi kehidupan dengan karyanya yang tersendiri serta mengajak kita merenung realiti. Jika anda mencari suatu bahan bacaan yang santai tetapi mampu menyuntik kekuatan dalam mengendalikan emosi dan gelojak jiwa, saya mencadangkan KARTINI.”

Kartunis UJANG Aku Budak Minang, Atuk, Jibam, Malim Pelita www.ujangonline.com


“Satu lagi karya Tembakau yang bakal menyentuh pemikiran dan perasaan anda semua. Dengan sentuhan visual yang muncul melalui persepsi beliau sendiri, karya ini akan menjentik sanubari dan nostalgia zaman persekolahan anda. Memang sukar dinafikan, Tembakau adalah antara pengkarya kartun terhebat di negara ini. Keep up the good work bro. All the best! You inspired us all!”

Kartunis Rambai www.rambai-art.blogspot.com

 

“Karya Tembakau mempunyai kandungan ‘surrealism’, nostalgik dan dekat di hati. Lukisannya walaupun kasar dan ‘raw’ mempunyai kekuatan tersendiri. Permainan panel, komposisi dan ekspresi yang bertenaga membuatkan koleksi Kartini ini mesti ada dalam koleksi komik anda.”

Muhamad Azhar Abdullah, ex-Presiden PeKOMIK Malaysia www.azharsketch.tk

 

SIAPAKAH TEMBAKAU?

Tembakau atau nama sebenarnya Azhar b. Ahmad lahir di Kuala Kangsar, Perak pada 29 Ogos 1972. Anak Perak ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar Shah, Parit dan seterusnya Sek. Men. Keb. Agama Sultan Azlan Shah, Bota.

Dalam menyambung pelajarannya, beliau keluar masuk IPT tetapi tidak pernah dapat menghabiskan pengajian beliau kerana sifatnya lebih cenderung ke arah seni persembahan teater dan lukisan.

Pada tahun 1994, beliau memulakan profesion selaku pelukis storyboard bagi animasi bersiri pertama Malaysia Usop Sontorian terbitan Kharisma Pictures. Dari situ dia mengolah kraf penceritaan dan mempertajamkan lagi lukisannya dengan menghasilkan kartun lerai untuk majalah Ujang. Pada tahun 1997, dia menghabiskan naskhah komik pertamanya yang berjudul Kartini terbitan Multi Triple Vision Sdn. Bhd. Secara tidak langsung, Kartini Kembali adalah kesinambungan dari Kartini dan naskhah kedua daripada Tembakau yang pernah dikeluarkan secara bersiri dalam Aku dan Sesuatu terbitan Aie Production.

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar