Penerbit: Latip Dan Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Muka Surat: 343
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.455kg
Dimensi (cm): 21.5cm x 14cm x 2cm
"Tidak cukup hanya aku sahaja yang berjaya. "Tidak cukup hanya aku sahaja yang berjaya. -Genghis Khan
Siapa tidak mengenali Genghis Khan? Beliau hanya ada satu. Tiada dua. Untuk menjadi sepertinya nampak mustahil,namun itulah yang dibaja tanpa lelah ke dalam diri Kublai, cucu Genghis Khan. Asuhan sejak kecil, terlalu banyak saingan dan cabaran. Menjadi terbaik bukanlah mudah. Perlu terbang tinggi, setinggi helang di langit, membelah awan tanpa saingan.
Demi menjadi yang terhebat tanpa saingan, keluarga menjadi musuh. Begitulah resam penakluk sehingga akhirnya, tanpa diduga, akhirnya Kublai diangkat menjadi Khan Agung, pemerintah Empayar Mongol yang kelima. Berbekalkan ilmu dan pengalaman, Kublai Khan melangkah lebih jauh.
Dilahirkan berketurunan Mongol, cucu kepada seorang penakluk dunia, baginda mengangkat dirinya Maharaja Dinasti Yuan. Membentuk sebuah dinasti bukan di tanah air sendiri. Mengembang sayap seluas lautan, menyambung legasi datuknya. Hanya satu, tiada dua. Maharaja Kublai Khan, disegani teman dan digeruni musuh.