Tajuk: Kunang Pesisir Morten
ISBN: 9789671927496
Penerbit: Jejak Tarbiah
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 233
Halaman: Hitam Putih
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.254 kg
Dimensi (cm): 20 cm x 13 cm x 1.6 cm
Kampung Morten, 1984 dan sungai yang menjadi garis pemisah ghaib perseteruan dengan Kampung Hokkein.
Adi, si penjual kuih cilik ditakdirkan bersahabat dengan Dhiya, seorang pemikir visual genius. Kehidupan mereka disulami dengan permainan layang-layang, pertaruhan gila laga ketam dan mengagumi keindahan seni bina Villa Sentosa. Namun, penemuan mayat budak Cina di tebing sungai perkampungan Hokkein secara ajaibnya menyatukan kedua-dua sahabat ini menjadi trio dengan kehadiran Lim.
Mereka bersama-sama mengembara ke segenap ceruk kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai indahnya dunia lukisan Monet dan menjejak pencuri berkaki ghaib. Tanpa mereka sedari, sedikit demi sedikit perkara-perkara kecil yang mereka lakukan telah memaut jurang tebing antara dua bangsa