Penerbit: Firdaus Press
Penulis: Khairul Aswad Ramli
Muka Surat: 442
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.462 kg
Dimensi (cm): 20.3 x 13 x 3
Sikap Ameer yang lurus bendul dan gemar mengusik, memikat hati Ayaana untuk mempergunakan lelaki itu bagi kepentingan peribadinya. Ameer diupah dengan sejumlah wang yang besar yang tak mampu ditolak oleh lelaki itu untuk menjadi kekasih gelapnya selama sebulan demi menyiapkan sebuah manuskrip novel cinta.
Namun bila tempoh sebulan itu hampir berakhir, Ayaana mula sedar yang hatinya mula terpaut dengan kebaikkan Ameer dan keluarga lelaki itu yang tulus menerimanya.
"Mula-mula dulu saya panggil mak encik, lepas tu panggil puan, sekarang panggil awak. Agak-agak lepas ni boleh tak kalau saya panggil awak sayang sampai bila-bila?" - Ameer Hakimi
"Dah tak payah nak berangan lebih-lebih. Awak tu cuma kekash upahan saya aje. Minggu depan kontrak kita tamat. Intern awak pun dah nak tamat. Get back to reality. Get back to your own life." - Naara Ayaana.
Mampukah Naara Ayaana memecahkan tembok keegoaannya dan menyatakan perasaannya kepada Ameer sebelum segalanya terlewat?