Penerbit:Gerakbudaya
Penulis:W.N.Khuzairey
Muka Surat:244
Halaman: Hitam Putih
Format:Paper back
Berat (kg):0.290
Dimensi (cm): 1.5 cm x 13 cm x 18.5 cm
Daripada bacaan saya akan judul Memalangi Penindasan, Sdr W. N Khuzairey cuba merungkai dua sisi. Pertama, wacana yang sempit. Ia boleh saja datang dari keterpisahan atau pembelakangan daripada hujah ilmi, insani, sejarawi, sosiologi, budaya-seni dan psikologi. Wacana sempit harus dipalangi, yakni ditahan daripada merebak dan membiak. Wacana sempit Ialah bencana yang merosak.
Kedua, ada sisi puitik-politik dARIPADA cantuman "Memalangi Penindasan" yakni suara yang tertindas harus dapat kita sebut, angkat dan kupas. Dengan mengiktiraf adanya penindasan, Bererti kita harus dapat mengenal pasti mana si penindas dan siapa yang tertindas. Apabila kita gagal mengenali satu atau keduAnya, janganlah harap kita peduli akan soal penindasan.