Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Muka Surat: 266
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.410
Dimensi (cm): 21 x 14.5 x 1.4
Mungkin tidak lama lagi kita akan menemui Atlantis!
Dahulu, Port Royal merupakan salah satu tempat paling penting bagi lanun untuk menikmati minuman keras, pelacur dan parti. Port Royal dikenali sebagai bandar paling bejat dan berdosa di dunia. Hanya pada Jun 1692, apabila gempa bumi besar pada 7.5 skala Richter menggegarkan pulau Jamaica, membanjiri Port Royal dan membunuh kira-kira 5,000 orang penduduknya. Sejak bandar itu tenggelam pada tahun 1692, beratus-ratus artifak telah ditemui di tempat peristirahatannya. Bandar bawah air in menarik ramai penelam dan ahli arkeologi bawah air.
Sejak penemuan kompleks bawah air, pakar-pakar arkeologi terus berhujah tentang monumen Yonaguni, sama ada ia berasal dari alam semula jadi atau dicipta oleh tangan manusia. Walaupun ada yang menganggap 'struktur mister' ini sebagai hasil alam semula jadi, teres yang terbentuk dengan sempurna dengan garis lurus dan sudut menunjukkan bahawa in bukan ciptaan semula jadi. Kompleks bawah air Yonaguni malah mempunyai piramid setinggi 76 meter. Sesetengah pakar mendakwa bahawa umur struktur in adalah sekitar 10 hingga 16 ribu tahun.
Kota purba Port Dwarka yang dimiliki oleh Raja Krishna Yang Agung pula, dianggap sebagai mitos sehingga runtuhannya ditemui. Menurut legenda, Raja Krishna mempunyai sebuah kota yang megah dengan 70,000 buah istana yang dibuat daripada emas, perk dan logam berharga lain. la adalah sebuah kota yang sangat kaya dan penting yang tenggelam selepas kematian Raja Krishna.
Runtuhannya ditemui pada kedalaman 40 meter di dasar laut di teluk bandar moden Dwarka, salah sebuah bandar yang tertua di India. Ahli arkeologi telah menemui banyak artifak, tetapi salah satu daripadanya dipercayai lebih penting daripada yang lain, kerana ia bermula pada 7500 Sebelum Masehi, yang membenarkan teori kewujudan kota purba 'mitos' ini.
Bandar Thonis-Heracleion juga dianggap mitos sebelum penemuannya. Ada yang percaya bahawa penemuannya mengubah pemahaman kita tentang sejarah selama-lamanya. Kota purba
Thonis-Heracleion dikenali ramai ahli falsafah Yunani purba, antaranya Herodotus, yang menyebut kota purba ini dalam banyak tulisannya, walaupun kewujudan kota in tidak terbukti sehingga abad kesembilan belas. Dengan penemuan Thonis-Heracleion, banyak mister telah diselesaikan dan kita dapat mengetahui lebih banyak tentang masa lalu.