Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Memoir Abdullah CD I : Zaman Pergerakan Sehingga 1948 (L117)

RM45.00
Price in points: 45 points
Weight: 0.44 kg
9789672464907
8 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Memoir Abdullah CD: Zaman Pergerakan Sehingga 1948
ISBN: 9789672464907
Penerbit: SIRD
Penulis: Abdullah CD 
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 272
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.435
Dimensi (cm): 1.5 cm x 15 cm x 22 cm
 
SINOPSIS
 
Memoir Abdullah CD: Zaman Pergerakan sehingga 1948 ialah sebuah karya yang dihasilkan oleh salah seorang tokoh besar pejuang kemerdekaan. Ia ditulis dari perspektif beliau yang menceburkan diri dalam perjuangan ini sejak sebelum Perang Dunia Kedua dan seterusnya. Buku ini mengisahkan keluarga dan kampung halaman beliau di Perak, zaman persekolahan dan penglibatan dalam politik sebelum Perang, pendudukan Jepun dan hubungan antara kaum yang tegang selepas itu serta bagaimana beliau terlibat mendamaikan konflik yang berlaku. Zaman selepas Perang memang bergolak dengan gerakan anti-penjajah untuk kemerdekaan yang semakin bergelora. Penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada Oktober 1946 dan gerakan-gerakan kiri lain seperti gerakan buruh, tani, pemuda dan wanita menyemarakkan api perjuangan untuk kemerdekaan. Peranan penulis dalam gerakan-gerakan ini sehingga meletusnya Darurat pada Jun 1948 dikisahkan dengan cermat. Diharapkan buku ini dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada usaha penulisan kembali sejarah tanah air kita dan mengisi ruang-ruang sejarah yang dipinggirkan sebelum ini. Diharap ia dapat membantu para pelajar dan pengkaji sejarah untuk berfikir dan melihat daripada perspektif yang berlainan, dan membuat tafsiran yang lebih saksama terhadap para pejuang anti-penjajah yang berada dalam wadah kiri termasuk di dalam Parti Komunis Malaya.
 
Penerbit:
SIRD
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
272 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar