===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.6”x 8.5”
ISBN-13: 9789675688263
Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 104
Berat (Kg): 0.15
Penulis: Muhammad Rivai Batubara
Ahmad Akhyar Batubara
===========================
Persepsi yang benar terhadap mesej yang dibawa para Rasul sudah pasti akan menyumbang kepada usaha untuk mewujudkan perdamaian dan keamanan dunia kerana ia menyuburkan rasa Hormat-menghormati, persefahaman dan kerjasama serta menghakis rasa prejudis dan permusuhan. Jelaslah betapa pentingnya peranan Sunnah Rasulullah SAW, dalam menjelaskan perkara-perkara pokok, menetapkan peraturan-peraturanNya untuk memperincikan perkara-perkara yang mujmal di dalam al-Quran kerana peranan as-Sunnah sebagai sumber kedua ajaran Islam lebih detail lagi perinciannya, lebih luas penjelasannya dan lebih lapang perbicaraannya.
Sesungguhnya as-Sunnah adalah tafsir kepada al-Quran dan perlaksanaan yang real dan ideal kepada al-Quran. Dengan ketajaman pemikiran dan kefahaman disamping menghayati kehidupan bersama Rasulullah SAW. Ummul Mukminin Saidatina Aisyah RA menerangkan dengan kata-kata yang amat bernas ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW, beliau berkata: “Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran”.
Barangsiapa yang ingin tahu mengenai manhaj amali kepada al-Quran dan segala perinciannya, maka dia akan mengetahuinya secara terperinci di dalam as-Sunnah al-Nabawiyyah, kerana makna perkataan as-Sunnah ialah jalan atau manhaj yang digambarkan sebagai al-Hikmah an-Nabawiyyah di dalam menjelaskan al-Quran dan menghuraikan hakikatnya dan mengajarkannya kepada umat dan merupakan peranannya membangun umat.