Tajuk: Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat?
ISBN: 978-967-481-728-2
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 360
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.48 kg
Dimensi (cm): 22.8 cm x 15.2 cm x 1.7 cm
SINOPSIS
Menunaikan solat ialah rukun Islam yang kedua. Menunaikannya adalah satu kewajipan bagi seorang muslim. Tetapi, apakah yang menyebabkan Allah mencela hamba-Nya yang menunaikan solat? Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat?
Buku ini adalah himpunan penulisan harian penulis yang memberikan refleksi berpandukan kerangka pemikiran al-Quran. Penulisan ini bukanlah bermaksud untuk memberikan pentafsiran baharu bagi ayat al-Quran. Tetapi, konsep penulisan ini lebih cenderung kepada tadabbur, iaitu penghayatan dan aplikasi ayat mengenai isu kontemporari selain bertujuan mendidik masyarakat supaya menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dalam kehidupan zaman moden ini.
Mudah-mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Semoga Allah membimbing kita.
ISI KANDUNGAN
MUKADIMAH
BAHAGIAN AKHLAK
Adab Orang Beriman Dengan Allah
Pemudi dalam Al-Quran
Akidah dan Moral Saling Berkait
Bagaimana Puasa Kita?
Bahaya Bodoh
Bukan Menyalahkan Allah s.w.t.
Bukan Semua Nikmat Ditayangkan
Fake Profile: Tanda Hati yang Sakit
Hiburan Ketika Musibah Melanda?
Jangan Jemu Melakukan Kebaikan
Jangan Putus Asa Menentang Kezaliman
Jangan Sampai Buta Hati
Kenapa Membazir Saudara Syaitan?
Saling Memaafkan dan Berlapang Dada
Maksiat Berleluasa Undang Azab Allah s.w.t.
Memohon Keikhlasan Daripada Allah s.w.t.
Mengakui Kesilapan Satu Kemuliaan
Mengapa Allah s.w.t. Mencela Suara Keldai?
Mengapa Asingkan Tandas Lelaki dan Wanita?
Mengapa Nabi Isa Sentiasa Diberkati?
Jangan Meninggalkan Rasulullah Keseorangan
Menipu Allah dalam Doa Mereka
Menyesal di Penghujung Nyawa
Rezeki yang Tidak Melalaikan
Sifat Khianat Yahudi dalam Al-Quran
Sifat Malas Mendirikan Solat
Sikap Sahabat Ketika Berlaku Fitnah
Hati Manusia Boleh Menjadi Sangat Keras
Wanita Dikerat Enam dan Nilai Kemanusiaan
Akhlak Nabi Menghadapi Cercaan
“Allah Kena Bertanding Pilihanraya”?
BAHAGIAN AKIDAH
Cahaya Furqan dalam Jiwa
Di Mana Kedudukan Kita di Sisi Allah?
Jangan Ugut Diri untuk Murtad
Larangan Membaca Doa di Sekolah
Mengapa Liberal Memohon Azab Allah?
Menjenguk Kawan di Neraka
Muslim Tidak Menyembah Kaabah
Orang Gila dalam Al-Quran
Presiden Morsi Tidak Mati
Takut kepada Kafir Adalah Satu Kehinaan
Allah Menyusun Semula Cap Jari
BAHAGIAN AMALAN
Adakah Amalan Kita Diterima?
Amalkan Doa Memohon Petunjuk
Apa yang Akan Kita Tinggalkan?
Bantu Orang Sekeliling Kita
Berdoa Supaya Amalan Kita Diterima
Dapat Rahmat Dengan Mendengar Al-Quran
Kesan Sujud pada Wajah
Mengapa Amalan Menjadi Habuk?
Mereka yang Malas Berzikir
Petua Rezeki daripada Al-Quran
Tidak Berkurang Harta Orang Bersedekah
BAHAGIAN IBADAH
Allah Bersumpah Dengan Hari Arafah
Keikhlasan dalam Ibadah Qurban
Ibadah Sebelum Bertawakal
Kehidupan yang Sempit
Kekeliruan Liberal Tentang Aurat
Kembali kepada Al-Quran
Kewajipan Menutup Aurat
Qurban untuk Dekat Dengan Allah
Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat?
Mengapa Dikaitkan Solat Dengan Rezeki?
Mengapa Kaitkan Halal Dengan Kemunduran?
Pengabdian kepada Allah
Rezeki yang Dipermudahkan
Solat yang Tidak Khusyuk
Wujudkah Qiyam di Siang Hari?
BAHAGIAN ILMU
Beribadah Perlukan Bantuan Allah
Berjalan, Berlumba dan Berlari dalam Al-Quran
Mengapa Allah s.w.t. Samakan Dunia Dengan Air?
Mengapa Dinamakan Lailatul Qadar?
Nota Tafsir: Surah Quraisy
Perut Lebah dalam Al-Quran
Struktur ‘Ring Composition’ dalam Al-Quran
Surah Al-Asr: Antara Masa dan Jus Buah
Dakwah Lembut atau Dakwah Keras?
BAHAGIAN PEMIMPIN NEGARA
Benarkah Pengharaman Hiburan Menggalakan Jenayah?
Mengapa Kita Mengundi?
Palestin Bertakbir Kemenangan: Genjatan Senjata Dimeterai
Pemimpin Kafir yang Adil Lebih Baik?
Pusat Kuarantin Bukan Lubang Tahi
Syaitan Bimbang Kesatuan Ummah
Dosa Peribadi Adalah Ajaran Liberal
Haman, Kisah Penasihat yang Merosakkan
Kemerdekaan Berlandaskan Al-Quran
BAHAGIAN SIRAH
Tentang Adik-Beradik
Bacalah Kisah daripada Al-Quran
Keluarga Imran dalam Al-Quran
Kenapa Nama Zaid dalam Al-Quran?
Mengapa Abu Musa Menangis?
Mengapa Bani Israil Diperintahkan Menyembelih Lembu?
Mengapa Isteri Abu Lahab Digelar ‘Pembawa Kayu Api’?
Menggerunkan Hati Musuh
Nabi Ibrahim Ikon Pengorbanan
Nabi Yusuf a.s. Bukan Penjenayah
Menjaga Agama: Pengajaran daripada Tentera Bergajah
Perkataan Sejahtera dan Nabi Ibrahim
Surah Kahfi dan Fitnah Dunia
Al-Kahfi: Pemuda yang Menyelamatkan Akidah
Lembutkan Hati Dengan Al-Quran
Penutup
BIODATA
BIODATA
Biodata Penulis
PROF MADYA DR. AHMAD SANUSI AZMI merupakan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, beliau mendapat pendidikan menengah di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan kemudian melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan pengkhususan dalam bidang hadith dan tamat pengajian dengan keputusan cemerlang pada tahun 2004. Beliau seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana dalam pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2008 dengan penyelidikan berkaitan Takhrij Hadith. Setelah itu beliau meneroka penyelidikan dalam bidang Sirah pada peringkat PHD di University of Birmingham, United Kingdom dan selesai pengajian pada tahun 2017.
Pada tahun 2018, beliau telah ditawarkan peluang sebagai Academic Visitor ke Oxford Centre for Islamic Studies, Oxford, United Kingdom sebagai platform menjalankan penyelidikan dalam bidang Sirah dan Orientalisme. Beliau turut aktif dalam aktiviti gerakan NGO ISMA disamping banyak memberikan pengisian buat masyarakat dalam media digital, TV, Radio, Portal TV, akhbar dan majalah. Rancangan MyHadithTime (TV al-Hijrah) adalah program sulung yang dikendalikan oleh beliau disamping menjadi penyampai utama Halaqah Hadith terbitan radio SalamFM.