Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Mengharmonikan Agama dan Falsafah (Q4)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.23 kg
9789671897638
Out-of-stock
Add to wish list
Tajuk: Mengharmonikan Agama dan Falsafah
ISBN:9789671897638
Penerbit: Bilblio Press
Penulis: Ibn Rusyd
Terjemahan: Sophia Liebe
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 124
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.23
Dimensi Buku (cm) : 20.5 x 13.7 x 1.4
 
Fasl al-Maqalti mà Bayna al-Hikmah Wa al-Shari'ah min al-Ittisal adalah karya pengenalan yang sangat sesuai buat sesiapa yang berhajat untuk memahami manhaj pemikiran Ibn Rushd al-Andalusi. Karya ini boleh dikatakan sebagai 'batu asas' kepada karya-karya beliau yang lain dalam tema falsafah dan teologi, khususnya adikarya beliau Tahāfut al-Tahäfut.

Buku ini diterjemahkan dengan tajuk Mengharmonikan Agama dan Falsafah kerana demikianlah apa yang disuratkan oleh Ibn Rushd pada permulaan karya ini. Buku ini bukanlah seperti karya-karya pengantar kepada falsafah yang lain - yang kebiasaannya bertujuan untuk memberi pengantar kepada sejarah dan tokoh falsafah atau mencirikan setiap bahagian daripada pelajaran falsafah atau mengajak manusia untuk berfalsafah sepanjang pembacaan buku tersebut. Tetapi Fasl
al-Maqal hadir bagi mengharmonikan tuduhan bahawa wujudnya percanggahan antara falsafah dan agama. Dalam konteks dunia intelektual pada masa dan tempat Ibn Rushd, tokoh-tokoh yang dibincangkan oleh beliau adalah seperti
al-Farabi, Ibn Sina dan al-Ghazali.

Sebuah karya yang sangat wajar untuk ditelaah oleh orang awam mahupun para ilmuan. Perbahasan-perbahasan di dalamnya adalah malar segar dan wajar untuk diwacanakan di ruang-ruang awam mahupun kelompok-kelompok intelektual. Ya, karya ini ringkas, tetapi percayalah, ia sarat dengan ilmu.
Walaupun Ibn Rushd menulis karya ini dalam medan ruang-masa yang spesifik, idea-ideanya masih relevan untuk diwacanakan sesuai dengan perkembangan ilmu hari ini.

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar