ISBN: 9789672899198M
Penerbit: Jejak Tarbiah
Muka Surat: 264
Halaman: Hitam Putih
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.315
Dimensi (cm): 20cm x 13cm x 1.3cm
Di sebalik desir-desiran pasir sahara yang dihembus pawana, dengan simbahan terik mentari yang membentuk fatamorgana. Lembangan Sungai Nil yang mengalir di Mesir menjadi saksi bisu pelbagai peristiwa tumbuh dan layu pada pinggirannya.
Mesir, menjadi suatu tempat yang sudah begitu lama ingin HAMKA kunjungi. Pengembaraan beliau ke Mesir diiringi impian yang tersimpan rapi dalam jiwanya, menyaksikan segala nyata yang dahulunya berlindung di sebalik kata.
Di sana beliau merenungi khazanah purbakala dan kebudayaannya yang bitara, ditemukan pula dengan alim sarjana serta pujangga kata-kata seraya menziarahi kota yang memberi seribu makna. Di lembah bersejarah ini HAMKA mengarang Menyusuri Lembah Sungai Nil meninjau segala perkara yang menuju budi pekerti dan membangkitkan kekuatan