Penerbit: Latip Dan Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Muka Surat: 418
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.485kg
Dimensi (cm): 21.5cm x 14cm x 2cm
Perjuangannya tiada kesudahan. Mesir, sebuah negara gah dalam sejarah peradaban manusia. Mohamad Morsi, hanyalah rakyat biasa yang membesar dalam kelompok biasa, namun bercita-cita luar biasa. Beliau menolak peluang terbuka luas di Amerika Syarikat, pulang mengajar anak bangsa. Tidak memilih universiti yang sudah gah, hanya mengajar di sebuah universiti yang baharu meningkat naik.
Perjuangan rakyat Mesir, mempertahan Islam, membuatkan beliau nekad mengubah haluan. Ditemani isteri dan anak-anak, beliau tidak berpatah lagi. Perjuangan diteruskan walaupun beliau tahu, darah menjadi ganti.
Hebatnya beliau, menjadi sandaran rakyat Mesir yang mahukan perubahan. Beliau menjadi satu-satunya Presiden Mesir yang dipilih secara demokratik. Namun, bumi Mesir terus berdarah. Fitnah dan campur tengan kuasa luar terutamanya Amerika Syarikat dan Israel membuatkan beliau terjerat.
Beliau yang tidak pernah mengalah, terus berjuang sehingga nafas di hujung tanduk. Perginya beliau, diratapi seisi dunia. Yang tiada galang-ganti, masihkah akan ada sinar demokrasi di Mesir lagi?