Penerbit: Pustaka Permata Ummah
Penulis: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Muka Surat: 168
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.290kg
Dimensi (cm): 22.5cm x 15cm x 1cm
Buku ini merupakan antara naskah karangan Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang terawal diterbitkan dan pernah dicetak pada tahun 1984 sebelum diterbitkan semula beberapa kali dengan sedikit pembaharuan isi kandungan dan huraian.
Ia merupakan sebuah buku yang sangat penting dalam merungkai kekusutan dan memandu masyarakat agar tidak melampaui batas keimanan dalam apa jua ucapan, perbuatan mahupun pegangan hidup.
Secara gambaran besarnya, buku ini membicarakan tentang aqidah, konsep iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti batas-batas iman dan kufur agar masyarakat benar-benar memahami perkara yang 'usul' atau teras utama dalam aqidah islam.
Kehadiran buku ini sangat penting bagi menghidupkan pemahaman aqidah dalam mendepani cabaran pemikiran dan realiti semasa.