Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



My Loyal Queen # (L9,BL9)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.49 kg
9786299811848
1 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: My Loyal Queen #
ISBN: 9786299811848
Penerbit: Mia Azwari Enterprise
Penulis: Mia Azwari
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 502
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.490kg
Dimensi (cm): 20cm x 12.5cm x 4cm
 
SINOPSIS
18 tahun dia hidup sebagai rakyat biasa. Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu dan bapanya. Namun semuanya berubah ketika dia menyambut hari jadi yang ke 18.

Paling mengejutkan apabila dia merupakan pewaris raja di Negara Andanika. Bermula detik itu, kehidupan Raf yang bebas terus disekat apabila dia diarah pulang ke istana.

Di sekolah diraja, Raf menjadi perhatian ramai terutamanya Tasnim. Gadis paling pintar di sekolah. Namun pertemuan mereka tidak menyenangkan di hati Raf.

“Di sekolah ni ada peraturan. Sesiapa yang baru masuk ke sini, dia perlu tunaikan satu permintaan aku.”- Puteri Tasnim

“Aku... tak akan sesekali ikut arahan orang yang bodoh.” – Raja Raffi

Tercabar dengan kata-kata Raf, Tasnim nekad untuk mengenakan lelaki itu. Dayang yang polos dan lurus, dijadikan alat untuk mengenakan Raf.

“Atas alasan apa kau nak kenakan aku? Setahu aku, aku tak pernah ada masalah dengan kau. Kita kenal pun tidak.”- Raja Raffi

“Sebab… sebab…”- Dayang

“Sebab apa?!”- Raja Raffi

“Sebab saya suka awak!”- Dayang

Raf jadi rimas sering diganggu di sekolah. Dia terpaksa keluar dari istana secara curi-curi untuk mendapatkan sedikit kebebasan. Namun dia tersalah langkah apabila nyaris dibunuh. Mujurlah ada seorang gadis misteri yang sering muncul menjadi penyelamat dalam hidupnya.

“Nama aku Q.”

“Q? Apa ke pelik sangat nama tu?”- Raja Raffi

“Tak peliklah. Kalau nama kau Raja, aku... Queen.”

Tasnim, Dayang dan Q…

Ketiga gadis ini tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Yang pasti, hanya salah seorang daripadanya mendapat tempat di hati Raf.

Siapakah gadis itu? Dan adakah benar Raja Raffi pewaris sebenar?
Penerbit:
Mia Azwari Enterprise
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
502 Muka Surat

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar