ISBN: 9789672459880
Penerbit: Iman Publication
Penulis: Khubaib Akhi
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 250m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: SoftCover
Berat (kg):0.300kg
Dimensi (cm): 20.5 cm x 14.5 cm x 2 cm
“Susahnya bergaul dengan orang. Akhirnya,aku juga yang terluka.”
Memang rumit berhubungan dengan manusia. Ada saja konflik yang muncul, atau harapan yang tidak dipenuhi–baik sesama suami isteri, ibu bapa dengan anak, guru dengan anak murid,mahupun majikan dengan pekerja.
Kegagalan memenuhi harapan-harapan ini membuatkan perhubungan menjadi semakin dingin dan kaku. Interaksi dirasakan hanya seperti transaksi; maknanya menghilang.
Patutkah kita memilih untuk menyendiri saja?
Hakikatnya, tidak lengkap hubungan dengan Allah SWT tanpa hubungan dengan manusia. Manusia ialah ciptaan yang secara fitrahnya hidup secara bersosial. Kita tidak akan bahagia dengan hidup bersendiri di dunia ini.
Melalui buku ini, Khubaib Akhi menghuraikan cara untuk memaknai semula perhubungan dan menguruskan konflik menerusi teladan serta inspirasi daripada Nabi SAW; supaya dengannya setiap luka dan sakit berbaloi dihadapi, setiap calar dan parutnya membawa erti. Kalaupun berpisah dihujungnya, kita tetap dalam teduhan takwa kepada Ilahi.