Penerbit: Latip dan Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Muka Surat: 306
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.416kg
Dimensi (cm): 21.5cm x 14cm x 1.5cm
Nabi Yusuf AS merupakan anak kepada Nabi Yaakub AS dan cucu kepada Nabi Ishak AS. Memiliki paras rupa yang tampan dan disayangi oleh bapanya membuatkan Nabi Yusuf AS dicemburui oleh abang-abangnya. Mereka berkomplot untuk menyingkirkan baginda.
Nabi Yusuf AS dibuang ke dalam perigi buta tetapi dikatakan telah meninggal dunia kerana dimakan serigala. Baginda diselamatkan oleh rombongan kafilah dan dijual di pasar budak di Mesir. Baginda kemudiannya dibeli oleh Al-Aziz, Menteri Mesir.
Menginjak dewasa, ketampanan Nabi Yusuf AS membuatkan Zulaikha, isteri Al-Aziz jatuh cinta dan cuba menggodanya. Akibatnya, Nabi Yusuf AS dipenjarakan meskipun tidak bersalah. Setelah berbelas tahun dikurung di dalam penjara, akhirnya baginda dibebaskan kerana berjaya mentafsir mimpi Raja Mesir.
Demi sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap- tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
(Surah Yusuf 12:111)