Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia Dan Indonesia # (L53)

RM45.00
Price in points: 45 points
Weight: 0.55 kg
9789833391561
10 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: ​Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia Dan Indonesia
ISBN: 9789833391561
Penerbit: Penerbit USM
Penulis: Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Ariffin, Nazarudin Zainun
Tahun Terbitan: 2006
Muka Surat: 303
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.545
Dimensi (cm): 24 x 16 x 2
 
SINOPSIS
 
Buku ini mencerakin secara mendalam seiarah dan mana nasionalisme dan revolusi dalam perjuangan menegakkan negara dan bangsa merdeka di
Malaysia dan Indonesia pada kurun ke-20.
la terhasil daripada penelitian lanjutan oleh beberapa orang penyelidik dan pendidik ilmu sejarah dari kedua-dua buah negara.
Selain penemuan baru, buku ini mengajukan pandangan dan Kesimpulan yang mencabar kebijaksanaan semasa tentang makna bangsa, kebangsaan, nasionalisme, kemerdekaan dan revolusi dalam sejarah politik kedua-dua negara.

Dalam usaha menggarap perkembangan di Malaysia para penulis bukan sahaja mencadang dan mencuba pendekatan baru tetapi juga mengemukakan beberapa saranan yang melengkapkan kajian dan kefahaman tentangnya. Bab tentang revolusi di Malaysia contohnya, adalah penerokaan yang sebahagian besarnya mengupas persoalan daripada sudut yang jarang diberi perhatian oleh para sarjana arus perdana. Perbincangan tentang perkaitan antara parti Masyumi (Indonesia) dan Hizbul Muslimin (Tanah Melayu) serta kegiatan politik Khatijah Sidek membawa pembaca merentasi kedua-dua tebing Selat Melaka.
 
Tentang perkembangan di Indonesia pula, slain menelusuri semangat dan perjuangan kemerdekaan sebelum dan semasa pendudukan Jepun, para penulis meneliti pergolakan dan natijah perjuangan menghalau Belanda dan pertembungan antara nasionalisme tempatan dengan tekanan nasionalisme kuasa pusat. Perbezaan pendekatan antara pelbagai kelompok dalam pergerakan revolusi, percanggahan antara wawasan negara kesatuan dengan negara persekutuan dan perjuangan berterusan sesetengah bangsa seperti Aceh untuk menegakkan kebangsaan sendiri dipaparkan dengan jelas dan meyakinkan.
 
Buku ini sesuai dibaca oleh para penyelidik, guru, pelajar institusi pengajian ahli politik, serta
рага peminat sejarah dan politik Asia Tenggara menjelang dan selepas pertengahan kurun ke-20.
Penerbit:
Penerbit USM

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar