Semuanya Bermula Di Sini. (Sign In | Register)

 



Noktah # (G5,L54)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.18 kg
9786299810216
361 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Noktah
ISBN: 9786299810216
Penerbit: Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PenaWan)
Penulis: Umi Kalthum Ngah
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 171
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.175
Dimensi (cm): 19 x 13 x 1
 
SINOPSIS
 
Kuryati, gadis kampung yang sederhana, sekadar mahu memenuhi hasrat ibu dan ayah yang mahu melihat anak mereka memiliki segulung ijazah. Hidupnya yang aman damai, berubah dengan kehadiran Inad, seorang jejaka yang suka mendesak. Sungguhpun hatinya berat mahu menerima lamaran Inad, akhirnya dia akur. Segala kemahuan dan keputusan Inad diturutinya dengan penuh sabar, termasuk kehendak suaminya yang mahukan seorang isteri yang setaraf, iaitu memiliki ijazah Ph.D

Kuryati berusaha sedaya upaya memenuhi tuntutan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang anak yang masih kecil, urusan rumah tangga serta kerjaya. Kadangkala, dia seolah-olah didera emosi dan minda.

Ujian besar tiba-tiba melanda, mengancam dan mengganggu-gugat keharmonian rumah tangga yang selama ini dibina.

Mampukah Kuryati mengharungi badai yang menerpa? Berjayakah dia mengemudi hidup dan masa hadapannya bersama anak-anak tapa dipengaruhi, dikawal atau ditentukan oleh orang lain?
Penerbit:
PenaWan

 

 
JAMINAN KAMI
 
 

 Order atau produk yang rosak akan diganti baru secara PERCUMA

 Jaminan wang dikembalikan

 Tiada caj penghantaran tambahan bagi order gantian

 Data peribadi anda dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar